[Buku] Memoir Seorang Juruhebah ( Zainal Abas)

June 14, 2014

Sumber; http://www.itbm.com.my/catalogue/buku/memoir_seorang_juruhebah/

Memoir Seorang Juruhebah oleh Zainal Abas
Nilaian: 4 of 5 bintang

Akhirnya!

Tamat membaca buku ini setelah sekian lama dibawa ke hulu hilir. Membaca kisah perjalanan kerjaya juruhebah bernama Zainal Abas ini cukup panjang. Buku setebal 405 mukasurat ini mengkisahkan pengalaman pahit manis beliau sepanjang menjadi juruhebah di Angkasapuri.

Jujurnya, aku tidak ingat/kenal dengan Zainal Abas. Bila disebut beliau lah "Abang Chik" apabila bergandingan dengan Kak Yong, aku mengimbas memori yang samar-samar. Kak Yong, memang kegemaran kebanyakkan kanak-kanak waktu kemuncaknya. Zainal Abas? Tidak ingat. Zainal Din Zainal, Prema itu aku kenal lah.

Perkongsian riwayat hidup Kasajiza AS ini, ada yang menyayat hati. Kisah kehilangan anak kecilnya sedikit meruntun jiwa. Aku yang ada anak kecil ini, serta merta terkesan dengan kesedihan yang melanda. Tabahnya bapa ini, harus dijadikan teladan. Beliau masih kuat walaupun anak sudah merapatkan mata, aku ini kalau anak demam panas sudah hampir merana!

Aku juga gemar dengan dedikasi dan tanggungjawab beliau dalam melaksanakan tugas. Homework yang dilaksanakan membantu beliau melancarkan tugas sebagai juruhebah. Juruhebah bukan hanya pandai bercakap, tetapi juga perlu ilmu. Ini yang juruhebah masakini jauh kekurangan. Zainal Abas punyai bakat dalam puisi, jadi sudah tentu membantu beliau dalam menyusun kata. Mungkin ini yang menjadi faktor pesona kegemilangan beliau waktu itu.

Pendirian, kesungguhan beliau masih relevan untuk dijadikan panduan dalam menempuhi kehidupan seharian.

Aku bagi empat bintang lah!

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press