Hak Milik

June 10, 2014

Aku bukannya seorang jurugambar profesional.

Cuma, aku suka dan sangat menggemari aktiviti fotografi ini. Gambar-gambar yang diambil kebanyakkannya berkisar dengan kehidupan seharian, orang-orang tersayang di sekeliling.

Sesekali, ada juga gambar mengikut tema tertentu.

Pendek kata, suka-suka.

Tadi, kekasih buah hati tersayang mesej di Whatsapp. Ada satu chalet di Janda Baik, katanya menarik. Janda Baik, memang sudah sebati dengan kami. Memang kerap ke sana waktu hujung minggu. Cuma kebelakangan ini, sudah lama tidak menjejak kaki ke sana.

Kesuma jiwa hamba mesej lagi. Ada rangkaian (link) ke FB. Chalet yang dikatakannya tadi itu lah. Dan ada juga mesej,

"Dia guna gambar daun abang"

Tidak faham sebenarnya. Selepas ke sana ke mari, baru lah perasan ada sesuatu yang seperti dilihat pada bannernya.

Tapi di mana ya?

Chalet Mama Papa, Janda Baik
Di printscreen pada 10 Jun 2014

Lantas, kuselongkar album onlineku.

Hakmilik Sharulnizam Mohamed Yusof
Sekeping daun di tengah sungai

Eh! Sama lah!

Ini bukan boleh buat main. Ini perkara serius. Ini betul-betul boleh mendatangkan rasa, hmmmm... rasa bangga!

Hihihihih!

Iye lah. Gambar daripada seorang abah comel, untuk koleksi peribadi, diambil orang untuk digunakan bagi tujuan promosi, mestilah ada rasa bangga.

Saman? Hak cipta?

Ya. Memang sudah disetkan di album online aku, hakcipta adalah terpelihara. Jadi, sebarang penggunaan gambar-gambar ini adalah tertakluk kepada hak dan syarat yang perlu dibincang terlebih dahulu. Selain undang-undang, kita juga ada budibicara.

Tak mengapa. Guna lah, selagi tidak menyeleweng.

Lagi bagus, kalau dijemput kami sekeluarga menginap (gratis) di chalet Papa & Mama. Tak gitu? :)

Sila lah ke Facebook Chalet Mama Papa.

Amboi! Promosi lagi.

You Might Also Like

0 comments

Press

press