Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highland

June 06, 2014

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

Sewaktu ke Cameron Highland tahun 2012 dulu, kami ada ke taman ini. Kami tiba sudah hampir waktu penutup, jadi tidak sempat berlama-lama. Hanya sempat ke kedai jualan dan taman bunga yang berhampiran.

Jadi bila berpeluang ke CH lagi, taman ini termasuk dalam senarai "mesti pergi". Hari terakhir kami di CH, kami singgah sebelum beredar pulang ke Kuala Lumpur. Waktu kami sampai masih pagi, dan cuaca agak cerah. Sebenarnya bukan setakat cerah, terik juga. Musykil juga di CH boleh panas macam itu. Panas sebelum hujan, barangkali.

Oleh kerana pendekar kecil kami masih tidur, kami berehat-rehat dulu di kawasan berhampiran pintu masuk. Ada satu kolam kecil dan jambatan di tengah-tengah. Menarik untuk berfoto-foto. Dalam kolam ada ikan peliharaan yang agak banyak. Makanan ikan ada dijual di kaunter tiket. RM0.50 sebungkus, boleh lah buat hiburan anak-anak. Cuma perlu berhati-hati, terutamanya kanak-kanak sebab kolamnya dalam. Empat meter!

Selesai bermain di taman dan air terjun (buatan), kami mulakan perjalanan untuk keliling taman MARDI ini. Cuma sebelum bergerak, perasan juga kawasan rehat yang disediakan mempunyai pemandangan yang menarik. Anak-anak pun menjadi model tanpa gaji.


Sepupu perempuan
Sepupu perempuan
Bergaya
Bergaya

Lorong
Dari jauh
Kakak Hanis
Geng Anak Dara

Tempat kedua tujuan kami ialah kawasan tanaman bunga-bunga. Seperti taman-taman / kebun-kebun yang lain, tanaman bunga sudah menjadi perkara wajib di bumi CH ini. Pelbagai warna, pelbagai jenis. Tinggal pilih sahaja untuk dipotretkan. Ada juga untuk jualan. Kami memilih hanya untuk bergambar, sambil berkenal-kenalan dengan spesis yang baru.


Taman Dapur

Yang paling menyeronokkan ialah Taman Dapur. Di sini kita boleh kenal dengan rupa asal tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan di dapur (bahan masakan). Kami, yang sudah dewasa ini pun terpinga-pinga melihat pokok-pokok ini. Bagus untuk pembelajaran anak-anak juga, walaupun kurang pasti mereka tahu atau tidak sebenarnya. Terdapat juga tanaman yang kami tidak pernah dengar dan lihat sebelum ini.

Taman Dapur
Taman Dapur
Rosmari
Rosmari
Ketumbar
Ketumbar
Allium
Allium
Jintan Manis
Jintan Manis
Artichoke
Artichoke
Parsli
Parsli
Oregano
Oregano
Pudina
Pudina

Di sebelah taman dapur ini ada kebun anggur dan kebun epal. Anggur sudah ada hasilnya, masih kecil dan muda. Epal, kami hanya melihat rupa bentuk pokok. Dan, bersebelahan dengan kebun epal ialah kilang teh. Tidak terfikir pula untuk masuk ke dalam kilang, lagi pula anak-anak sudah bertebaran. Perlu dihambat supaya jangan ada yang terlepas pandang.

Oleh kerana cuaca yang elok dan cerah, pemandangan di padang hadapan kilang sangat mempersonakan. Hijau padang dan biru langit, memang kombinasi warna alam yang mudah menyihir mata. Saat begini, lensa hitam pun melaksankan tugas.










Di seberang anak sungai kecil ini, ada satu Taman Ros. Seperti namanya, taman ini hanya dipenuhi dengan pokok bunga ros yang berwarna-warni. Semasa khayal mengambil gambar, Umi membuat pengumuman kecemasan.

"Hafiz ook ook!"

Aduh! Potong lah, dik.

Abah dengan penuh tawaduk berjalan dari lokasi kejadian sampai ke kereta, di mana jaraknya bisa menggugurkan peluh barang 10-20 titik. Dan semasa menunggu Umi menguruskan Hafiz di tandas, diperhatikan surau di sini binaannya juga menarik. Pokok menjalar yang menhiasi dinding surau menjadikannya kelihatan seperti rumah Inggeris yang selalu dilihat dalam filem. Usai Umi menguruskan Hafiz, kami pun bergambar di hadapan surau.

Sayang abah
Sayang abah
Manja Umi
Manja Umi

Selesai segala urusan, kami berangkat pulang. Dan kali ini, giliran hero kecil kami pula bergambar.








Keseluruhannya, Taman Agroteknologi MARDI ini amat baik bagi kunjungan untuk apa peringkat umur pun. Tumbuh-tumbuhan atau tanaman diperkenalkan dengan cara yang agak baik, dan mungkin lebih baik sekiranya ada pegawai MARDI mengiringi pengunjung untuk sesi penerangan. Laman web yang dirujuk ada menyatakan pakej lawatan dengan pegawai pengiring, tetapi kurang pasti sama ada masih wujud atau tidak. Petugas di kaunter tiket tidak memaklumkan apa-apa selain daripada harga tiket dan jualan makanan ikan.

Untuk kami sekeluarga, taman ini mungkin kami akan kunjungi lagi. Sebab utamanya, "English Cottage" yang disewakan agak menarik. Mahu cuba!

Nota kaki;

  1. Website taman ini boleh dirujuk di  http://agromedia.mardi.gov.my/tourismch2006/index.htm
  2. Tiada bayaran untuk parking
  3. Ditutup hanya pada hari Isnin, kecuali pada hari cuti awam. 
  4. Bayaran masuk; RM3 dewasa, RM1.50 kanak-kanak/pelajar.


******

Anda juga mungkin berminat dengan entri ini;
  1. Homestay Taman Sedia
  2. Taman-taman
    1. Big Red Strawberry Farm
    2. Cameron Lavender Garden
    3. Rose Valley
  3. Pasar (Shopping)
    1. Kea Farm
  4. Ladang Teh
    1. Cameron Valley Tea House
    2. BOH Tea Center Sungei Palas





You Might Also Like

0 comments

Press

press