Teluk Cempedak, Kuantan

Pantai Teluk Cempedak

Kali pertama ke Teluk Cempedak, sekitar tahun 1995. Itu pun sebab dihantar sekolah untuk berkursus Bahasa Inggeris di IKIP, Kuantan. Zaman remaja, kami berlibur satu kelas di tepian pantai. Zaman tanpa internet, hujung minggu adalah saat yang paling ditunggu. Ahahaha! CumaTeluk Cempedak ini sepertinya "kurang mesra" untuk aktiviti bermandi-manda. Bukan sikit yang dah terkorban. Ombaknya agak besar, dan pantainya yang curam memang merbahaya untuk aktiviti mandi-manda.

Cukup lah berlari-lari manja di tepian pantai.

Kui!

Tahun lepas berpeluang ke sini. Tujuan asalnya ke Kuantan, meraikan majlis konvokesyen adik ipar. Oleh kerana ruang terhad hanya untuk dua tetamu (setiap keluarga) masuk ke dalam dewan, aku dan anak-anak menunggu di luar. Dan oleh kerana majlisnya berlangsung lama, kami empat beranak pun merayau lah ke pantai TC ini.

Sudah agak banyak yang berubah. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Seperti lebih tersusun. Mencari tempat letak kenderaan juga mudah. Cuma kami tiba agak awal, kedai-kedai yang ada masih belum banyak yang beroperasi.

Terus sahaja ke utara pantai. Ada jaluran jalan yang diperbuat daripada kayu. Boleh berjalan-jalan di atas batuan besar sambil menikmati pandangan alam Laut China Selatan.

Apa lagi? Kita jeprat-jeprit. :)











Reactions

Post a Comment

0 Comments