Em - Ech - Satu - Tujuh

July 18, 2014

Pagi Ramadhan 20.

MH17.

Negara ini dirundung duka. Sekali lagi.

Kala mahu bersahur, sempat menjeling telefon bimbit. Di Facebook, sudah gegak gempita dengan berita malapetaka yang menimpa pesawat MH17. Penerbangan pesawat milik Malaysia, dari Holland pulang ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Ukraine.

Ya. Ditembak. Lalu jatuh terhempas.

Oleh manusia yang singkat akalnya. Yang sudah hilang perikemanusiannya.

295 nyawa sudah terhenti bernafas.

Al-fatihah, untuk saudara-saudari Islamku.

Takziah, untuk semua mangsa yang pelbagai bangsa.


You Might Also Like

0 comments

Press

press