Puasa Lima - Kosong

July 04, 2014

Sudah lima hari berpuasa penuh. Hari ini sudah masuk hari keenam.

Alhamdulillah. Abang Haris, Kakak Hanim masih utuh berpuasa. Tanpa ada rasa sebal. Susah untuk bangunkan waktu sahur, itu normal.

Cuma yang nombor tiga itu, masih beralasan. Hari pertama, puasanya terkandas jam 7 malam! Hanya 20 minit lagi, air mata sudah mengalir perlahan di pipi.

Terkorban.

Hari-hari bersekolah, puasanya bertahan hanya setengah hari.

Jadi, lima hari Ramadhan, lima hari lah tidak berpuasa.

Lima. Kosong.

Janjinya, esok mahu berpuasa penuh.

Insya-Allah. Anak abah boleh!

Sudah 7 tahun.

You Might Also Like

0 comments

Press

press