[Buku] Ajaib (Syafiq Aizat)

September 08, 2014

  1. Hmmmm...
  2. Aku tidak dapat tidak, membandingkan buku ini dengan siri-siri "Bercakap Dengan Jin" dan juga "Jibam"
  3. Kedua-dua buku mistik dan misteri ini punya pengaruh yang besar, terutamanya BDJ kerana buku itu menjadi pencetus minat aku untuk membaca.
  4. Dan kedua-dua buku ini membawa watak kanak-kanak dalam penceritaannya.
  5. Jadi, "adil" lah aku membuat perbandingan.
  6. Aku senaraikan apa yang aku suka pada buku-buku yang aku sebut di atas;
    1. Tiada (atau hampir tiada) adegan 18SX
    2. Tidak perlu penceritaan fizikal entiti yang keterlaluan untuk menimbulkan rasa seram, membayangkan suasananya sahaja sudah meremangkan bulu roma
  7. Ini pula perbandingan dengan buku AJAIB ini;
    1. Banyak adegan 18SX. Maaf. 12SX!
    2. Lebih banyak bercerita tentang watak-watak, berbanding dengan perkara "ajaib" itu sendiri
    3. Kisah "ajaib" itu serasa bagai kisah sampingan
    4. Buku ditulis memang bertujuan untuk dibuat sambungan (ada kisah tergantung).
  8. Buku ini mendapat rekomendasi yang agak tinggi, kerana itu aku beli. Tetapi selesai membaca, buku ini "tidak sesuai" dengan "orang tua" seperti aku
  9. Targetnya mungkin untuk golongan remaja, tetapi yang pasti aku tidak akan benarkan anak-anak aku membacanya.

Ulasan peribadi. Lain orang, lain pandangan.

You Might Also Like

0 comments

Press

press