Kacang Pool

September 27, 2014

Sudah beberapa kali terdengar nama makanan ini disebut. Mungkin daripada rancangan di televisyen.

Kacang Pool.

Sebutannya, "pul". Bukan "po-ol".

Aku tak lah begitu teruja dengan makanan-makanan "eksotik" ini, tapi bila isteri kesayangan sudah mengidam mahukan Kacang Pool jika ke Johor, perlu lah ditunaikan.

Mengidam kosong. Bukan mengidam berisi. Jangan spekulasi.

Sahabat kami mempermudahkan carian Kacang Pool semasa kami di Johor Bahru. Berhampiran dengan hotel kami menginap, ada food court yang menjual pelbagai masakan khusus negeri Johor.

Ada pisang goreng sambal kicap.

Ada laksa Johor.

Ada mee rebus Stulang.

Dan ada Kacang Pool.

Di Plaza Larkin.

Kacang Pool
Kacang Pool

Hidangannya terdiri daripada roti potong (yang dibakar, dan kuah yang dibuat menggunakan kacang (?), dicampur dengan potongan bawang dan cili hijau. Sebiji telur yang digoreng "mata kerbau" diletak di atas kuah. Ada juga hirisan limau nipis untuk menambah rasa masam, sekiranya mahu. Oleh kerana deria rasa yang tidak berfungsi seperti biasa, bagi aku makanan ini boleh lah diterima (bagi seorang pemilih makan seperti aku). Kalau tidak keterlaluan perbandingannya, kuah ini seakan-akan kuah kacang dal yang sering dimakan dengan roti canai.

Wallahualam.

Tetapi ini memang pertama kali. Tidak pernah jumpa lagi di Kuala Lumpur.

Kalau ke Larkin, singgah lah ke Plaza Larkin.

Kacang Pool
Satu hidangan RM5.

Haji K Pool
Tuan milik kedai ini katanya suami pelakon Wan Maimunah. 





*********************

Percutian 3H2M Johor-Melaka
SebelumMasjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu
SeterusnyaSekolah Tun Fatimah (STF)


You Might Also Like

1 comments

Press

press