Mencuba Kacang Pool Haji Larkin Bomba Di Johor

Sudah beberapa kali terdengar nama makanan ini diperkatakan. Mungkin daripada rancangan di televisyen. Ada juga rakan-rakan yang menyebut, tapi saya tak endahkan. Dan semasa saya mencari di google berkatakuncikan "attractions in Johor", antara cadangan yang disenaraikan ialah hidangan Kacang Pool Haji Larkin Bomba.

Kacang Pool.

Sebutannya, "pul". Bukan "po-ol".

Kacang Pool Haji Larkin Bomba Di JohorHidangan roti kacang pool Haji Larkin

Saya tidak lah begitu teruja dengan makanan-makanan "eksotik" ini, tetapi apabila isteri kesayangan sudah mengidam mahukan Kacang Pool jika ke Johor, perlu lah ditunaikan.

Mengidam kosong. Bukan mengidam berisi. Jangan spekulasi.

Sahabat kami, Azli dan Nana, mempermudahkan carian kami ke lokasi Kacang Pool Haji Larkin semasa kami di Johor Bahru. Rupanya berhampiran benar dengan hotel kami menginap, ada food court yang menjual pelbagai masakan khusus negeri Johor.

Bersama Azli dan Nana

Ada pisang goreng sambal kicap.

Ada laksa Johor.

Ada mee rebus Stulang.

Dan ada Kacang Pool.

Di Plaza Larkin.

Hidangannya terdiri daripada roti potong (yang dibakar, dan kuah yang dibuat menggunakan kacang ?), dicampur dengan potongan bawang dan cili hijau. Sebiji telur yang digoreng "mata kerbau" diletak di atas kuah. Ada juga hirisan limau nipis untuk menambah rasa masam, sekiranya mahu. Oleh kerana deria rasa saya yang tidak berfungsi seperti biasa, makanan ini boleh lah diterima (bagi seorang yang cerewet memilih makanan). Kalau tidak keterlaluan perbandingannya, kuah ini seakan-akan kuah kacang dal yang sering dimakan dengan roti canai.

Wallahualam.

Tetapi ini memang pertama kali. Tidak pernah jumpa lagi di Kuala Lumpur.

Kalau ke Larkin, singgah lah ke Plaza Larkin.

Kacang Pool Haji Larkin Bomba Di Johor







Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. While using the real estate agent costly tape, you can attempt this real estate agent, pH in addition to entire alkalinity on the pool area mineral water. It is simple complete usuallu when you use this rob test out set. It offers some sort of information that can explain should the mineral water was in the suitable levels assortment. https://pressurewasherguides.com/best-pool-test-strips/

    ReplyDelete