Kellie's Castle, Batu Gajah

Kellie's Castle
Kellie's Castle.
Sudah lama nama tempat ini disebut-sebut. Katanya "istana" ini menarik untuk dilawati. Daripada cerita-cerita orang dan juga pendedahan di kaca televisyen, aku menyimpan hajat untuk ke sini.

Tercapai juga.

Dari Kuala Kangsar, kami langsung ke Batu Gajah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Gombak. Hari sudah agak lewat petang, tetapi untung juga masih sempat.

Waktu melawat; 9 pagi - 6 petang
Tiket; RM4 dewasa, RM3 pelajar sekolah/IPT, percuma untuk 6 tahun ke bawah

Oleh kerana waktu sudah agak lewat, kami tidak dapat melawat keseluruhan kawasan ini. Hanya sempat ke bangunan utama. Kerja baikpulih yang dilakukan pada bangunan utama (istana) menjadikan rumah ini agak "selesa". Kebiasaannya bangunan terbengkalai akan ada serpihan-serpihan yang bersepah. Atas tujuan pelancongan, rumah ini dibaikpulih agar lebih terurus, dan yang paling penting selamat untuk dikunjungi.

Bahagian depan Kellie's Castle
Di bahagian depan

Penunjuk Arah
Penunjuk arah

Rumah ini sememangnya besar. Dan rekabentuknya juga menarik. Kedudukannya di tanah yang agak tinggi dan dekat pula dengan sungai, memang menjadi rumah kediaman impian setiap orang. Kami sempat ke tingkat paling atas, yang khabarnya dibina rata untuk dijadikan gelanggang tenis.

Sedikit catatan dari laman web Majlis Daerah Batu Gajah;
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Sumber; Laman web Majlis Daerah Batu Gajah

Bagi penggemar fotografi, Kellie's Castle mungkin tempat yang sesuai untuk aktiviti berkaitan. Cuma mungkin ada bayaran lain yang dikenakan, tidak dapat dipastikan. Aku, sebagai jurufoto tak rasmi, menjalankan tugas dengan suka hati.

Sepupu
Masa untuk bergaya
Rahsia istana
Seram

Misteri
Misteri

Menara Kellie
Menara
Menara Kellie
Menara
Abang Haris
Abang Haris
Abang Apit
Abang Apit
Geng Gegirl
Geng Gegirl
Turun tangga
Turun tangga
Turun tangga
Turun tangga

Pokok muka beruang
Pokok muka beruang

Anak-anak
Tangga
Kami
Family time!

Ini pula peta untuk ke Kellie's Castle (bermula dari Tol Plus Gopeng)














Reactions

Post a Comment

1 Comments