An Evening In Qutb Minar

September 19, 2014

Selesai menjelaskan bayaran tambang teksi, aku melangkah terus ke kaunter pintu masuk. Cuaca tidak begitu cerah, langit kelihatan kelabu mungkin disebabkan jerebu. Udara pula agak sejuk. Entah. Tak faham juga dengan keadaan cuaca di Delhi. Perkarangan luar Qutbr Minar penuh sesak dengan orang ramai. Rombongan sekolah juga entah berapa kumpulan. Musykil juga, hari ini kan hari Rabu, pertengahan minggu. Tidak bekerja kah? Tidak sekolah kah?
Muskil terus.

Telefon kekasih. Katanya dia sudah pun meronda dalam kawasan Qutbr Minar. Sekarang di pintu masuk, menunggu kesuma jiwanya tiba sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.

Intai.

Kelibat gadis manis asal utara Malaysia itu jelas nampak dari luar.  Senyum. Manis. Macam Dimple Kapadia, heroin Bobby. Cuma heroin Bobby itu tidak ada dimple macam kekasih dunia akhirat yang satu ini.

Eheh!

Selesai membayar harga tiket, terus sahaja mendapatkan Syah dan rakan-rakan. Merpati sekarang sudah dua sejoli. Suara-suara nakal mula berkumandang, layankan sahaja. Amboi! Minta izin sekitar 15-30 minit untuk kembali meronda berdua-duaan ke Qutbr Minar ini.

Bersandar
Di Qutb Minar
Qutb Minar
Qutbr Minar

Tinggalan Sejarah

Sebelum sampai ke India, aku sudah membuat sedikit carian maklumat untuk aktiviti lawatan di Delhi ini. Qutbr Minar memang sudah termasuk dalam senarai. Mungkin bagi orang lain, tempat sebegini tidak termasuk dalam senarai "mesti pergi" kerana kebiasaannya tempat sejarah jarang menjadi tumpuan. Perkataan "bosan" bagai sudah sinonim dengan tempat sebegini. Bagi aku pula, tempat-tempat sebegini mengimbau kemahsyuran dan kegemilangan yang dicapai satu ketika dahulu, dengan kebijaksanaan dan kemahiran manusia yang terbatas tanpa bantuan teknologi hebat. Lagi pun, apa guna kalau ke India tidak melawat tempat-tempat ini, kerana India sememangnya kaya dengan sejarah. India juga antara empat tamadun terawal dunia.

Merong Mahawangsa itu, katanya datang dari India. Tahu?

Corak di Qutb Minar
Corak di syiling
Ukiran tiang di Qutb Minar
Tiang
Ukiran di Qutb Minar
Lagi ukiran tiang


Sedikit maklumat berkaitan Qutb Minar.

Qutb Minar (Urdu: قطب مینار‎), also spelled Qutub or Qutab, is the 2nd tallest minar (73 metres) in India after Fateh Burj in Chappar Chiri at Mohali which stands 100 meters tall. Qutub Minar originally an early Islamic Monument inscribed with Arabic inscriptions is aUNESCO World Heritage Site.[1] Located in Delhi, the Qutb Minar is made of red sandstone and marble. The stair of the tower has 379 steps, is 72.5 metres (237.8 ft) high, and has a base diameter of 14.3 metres, which narrows to 2.7 metres at the top. Construction was started in 1192 by Qutb-ud-din Aibak and was carried on by his successor, Iltutmish. In 1368, Firoz Shah Tughlaq constructed the fifth and the last storey. It is surrounded by several other ancient and medieval structures and ruins, collectively known as the Qutb complex.

Sumber; http://en.wikipedia.org/wiki/Qutb_Minar

Dan seperti biasa, kami bergambar untuk mengabadikan kenangan bersama di rantauan.

Anak-anak, kalau terbaca ini suatu hari nanti, ambil lah peluang untuk mengembara. Lihat negeri orang, buka minda untuk pelajari hal kehidupan.

Ummi
Ummi
Sharul Khan
Abah
Lorong di Qutb Minar
Umi di Qutb Minar
Abah di Qutb Minar
Qutb Minar jarak dekat
Qutb Minar yang tinggi
Qutb Minar La Ilaha Illallah
Ummi di Qutb Minar


Sejarah Qutb Minar



Pan Asian

Ada juga pengalaman lucu semasa kami mahu beredar pulang. Semasa berjalan menuju ke kereta, pemandu kereta memandang-mandang. Mungkin tertanya-tanya bila pula ada orang baru dalam kumpulan ini.

Terus disapanya.

Agaknya mahu beramah mesra.

क्यों आप बहुत सुंदर हैं ?
Matanya tepat memandang aku. Tapi aku kurang yakin, toleh ke belakang. Mungkin dia juling, mahu bercakap dengan orang di belakang.

Kosong.

Tak ada orang.

मैं यह पूछना , तुम यह क्यों बहुत सुंदर हैं ?
Dia tanya lagi. Aku pasti kali ini dia memang bercakap dengan aku. Aku tersenyum. Syah pun tergelak. Ahahaha! Agaknya, pakcik ini ingat aku dan dia sebangsa. Fasih betul dia berkomunikasi dengan bahasa Hindi.

Aku gelak sahaja. Tak menjawab.

Kemudian baru dia sedar. Dia diam sendiri. Aku masih tersenyum.

Payah juga kalau muka Pan Asian ni.

Ahahahaah!

#mukaCelupShahrukhKhan

Oh! Untuk dialog bahasa Hindi tu, aku reka sahaja. Tak tau pun apa sebenarnya yang dicakapkan.

Tapi kalau rajin, boleh saja di Google Translate kan.

 :)


<< Sebelum
Dari Air India ke Meru Cab
Seterusnya >>
Juling mata di Janpath Street
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)







You Might Also Like

0 comments

Press

press