Hikmah Sedekah

October 25, 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:


6 HIKMAH BERSEDEKAH

Islam adalah agama Samawi (Langit) yang diturunkan Allah kepada Muhammad Rasulullah SAW. Ajaran islam adalah ajaran yang menyempurnakan ajaran-ajaran yang sebelumnya yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

Salah satu di antara bentuk ajaran islam adalah ajaran tentang bersedekah.  Ianya merupakan salah satu bentuk tanggung jawab manusia terhadap harta benda.

Setiap ajaran dalam Islam ada hikmah di sebaliknya. Begitupun dengan hikmah di sebalik sedekah yang kita lakukan. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah At-Taubah, ayat 103:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Sedekah dalam konteks islam terbahagi kepada dua bahagian.

  1. Sedekah wajib : seperti Zakat harta dan Zakat fitrah.
  2. Sedekah sunnah:  infaq, hibah, wasiat,  hadiah, waqaf dan bentuk lainnya.

Di antara hikmah sedekah dalam kehidupan umat Islam adalah:

  1. Sedekah Dapat Menyucikan Harta Benda
    Dalam harta benda kita mungkin terdapat kotoran harta yang menjadikan hilangnya keberkatan harta benda tersebut, oleh kerana itu bersedekah merupakan salah satu jalan dalam menyucikan harta benda kita.
  2. Sedekah Dapat Membersihkan Dosa Manusia.
    Sedekah di samping membersihkan harta benda, juga dapat membersihkan dosa kita yang di dalamnya terdapat tanggung jawab manusia dalam membersihkan diri dari kotoran dosa yang  dilakukan manusia dalam hidup, maka dengan jalan sedekah dapat membersihkan dosa manusia dalam hidupnya.
  3. Sedekah Dapat Membuang Sifat Kedekut Terhadap Harta.
    Kecenderungan manusia terhadap harta adalah sifat sayang dengan harta yang dimilikinya untuk dibelanjakan pada jalan yang tidak disukainya. Maka dengan sedekah dapat membuang sifat kedekut terhadap harta benda yang dimiliki tersebut.
  4. Sedekah Dapat Mendidik Jiwa Manusia.
    Sedekah dapat mengajar manusia sifat kasih sayang terhadap sesama manusia, cinta kepada golongan yang memerlukan bantuan.  Dengan yang demikian dapat menjadikan hati manusia menjadi lembut.
  5. Sedekah Dapat Menghilangkan Jurang Perbezaan Antara Orang Kaya Dan Orang Miskin.
    Status sosial dalam kehidupan bermasyarakat biasanya terletak pada kekayaan yang dimilikinya. Akhirnya terdapat perbezaan yang ketara antara si kaya dengan si miskin,  yang pada kemuncaknya akan menimbulkan jurang perbezaan. Dengan sedekah uang dilakukan, akan merapatkan jurang perbezaan antara si kaya dan si miskin.
  6. Bersedekah Sebagai Tanda Kesyukuran Terhadap Nikmat Harta.
    Allah memberikan rizki kepada hambaNya berbeza antara satu dengan yang lain. Sebagai tanda rasa syukur terhadap harta benda yang dimilikinya,  maka bersedekah merupakan salah satu bentuk rasa syukur terhadap nikmat harta yang diberikan Allah kepada hambaNya.

Ya Allah kami bersyukur terhadap segala nikmat karunia-Mu. Berkatilah harta benda kami Ya Allah. Jauhkan dari pada kami sifat kedekut terhadap harta benda yang Engkau telah anugerahkan kepada kami. Mudah-mudahan keberkatan harta benda kai menjadikan wasilah pada kami untuk meraih keredhoan-Mu.

Amin.

Wallahu A'lam.

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)



***********************
Catatan:
Sila SEBARKAN ILMU dengan SESAMA SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DIKONGSIKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk  semua.
Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Press

press