Keputusan

October 02, 2014

Malam tadi, dua-dua anak dara tunjukkan keputusan peperiksaan.

Kakak, ada sedikit merosot.

Adik, cemerlang. Cemerlang sekali.

Abang? Senyap sunyi.

Anak-anak, kalau abah marah sekali pun masa itu sahaja. Jangan ambil hati. Abah dan ummi tetap doakan anak-anak berjaya, dunia akhirat.

Ya. Keputusan corot itu abah boleh terima. Usaha lagi untuk diperbaiki.

Akhlak corot, ilmu agama corot. Itu perlu pembaikan. Kita bersama-sama usahakan.

Semoga keputusan pada hari mendatang akan lebih baik.

Keputusan peperiksaan SRA Tahun 3
Keputusan Kakak Hanim
Keputusan peperiksaan SRA Tahun 1
Keputusa peperiksaan Adik Hanis


Insya-Allah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press