KL International Tatto 2014

October 11, 2014

Sekarang, kami sekeluarga menonton persembahan tatu di kaca televisyen. Siaran langsung dari Stadium Merdeka.

KL International Tattoo 2014.

Menontonnya mengimbau kembali kenangan lalu. Kenangan bersama abah, emak dan adik- beradik yang lain. Tahun-tahun 1980-an. Tahun tanpa internet, tanpa gajet. Masa bersama keluarga yang lebih berkualiti.

Masih teringat-ingat, masih terbayang-bayang. Sudah 20 tahun lebih, memori itu sedikit sebanyak sudah mula meluntur.

Namun tetap terakam dalam sanubari saat menyaksikan persembahan hebat anggota tentera tanah air. Ragam kawad yang rancak, aksi motosikal yang mendebarkan dan juga sesekali aksi badut yang menjadi selingan.

Seronok.

Saat itu memang menyeronokkan.

You Might Also Like

0 comments

Press

press