Lebuhraya PLUS Selatan

October 10, 2014

Lebuhraya PLUS Selatan
Lebuhraya PLUS Selatan
Sudah lama tidak menelusuri lebuhraya ini. Menghala ke selatan. Spesifiknya ke Johor.

Tahun 1993 dan 1994, aku "bertukar" kerakyatan. Menetap di Johor atas sebab bersekolah asrama penuh. Sudah lama, tetapi lebuhraya ini menjadi saksi petualangan aku selama dua tahun. Jadi apabila memandu di sini, sedikit banyak kenangan lalu mula mengimbau. Susah payah abah dan emak yang memandu van Toyota Liteace biru setiap bulan mahu melawat anaknya ini. Bertuah sungguh. Mentang-mentang lah aku satu-satunya anak yang jauh di mata (ketika itu), memang dapat layanan ngetop! Kalau diikutkan, bukannya jauh pun Muar dan Gombak, tetapi tahun 1993 antara Port Dickson dan Kuala Lumpur pun bagai berbeza ufuk jauhnya.

Berbanding dengan lebuhraya PLUS Utara, di sini pemandangannya lebih menarik. Rimbunan pokok bunga yang berwarna-warni menghiasi sempadan laluan yang bertentangan. Rasanya, sepanjang perjalanan dari Seremban sampai lah ke Melaka, memang menyegarkan mata pemandangan seperti ini. Kawasan rehat juga lebih "sejuk" kerana merimbun dengan pokok-pokok. Kebanyakkannya di kawasan berbukit, dan agak kecil kawasannya. Berbanding dengan utara, di bahagian selatan ini kawasan rehatnya tidak banyak yang besar kecuali di Seremban dan Ayer Keroh.



Hentian Rehat Kulaijaya

Perjalanan kami mengambil masa hampir empat jam untuk sampai ke Johor Bharu. Sebelum keluar dari lebuhraya, kami sempat berhenti di kawasan rehat Kulaijaya. Si kecil mahu diisi perutnya. Orang yang tidak ramai, memudahkan kami mendapat wakaf. Untung juga, kerana cuaca agak terik waktu kami sampai di situ.

Alhamdulillah.

Si bongsu ini walaupun kini sudah semakin aktif, tidak banyak karenahnya sepanjang perjalanan. Bukan kali ini sahaja, sebelum ini juga. Kami risau juga, usianya masih kecil.

Sebagai upah menjadi anak yang baik, kita jamu dia dulu.

:)

Makan
Masa untuk makan
Kekasih Hati Permata Jiwa

Kekasih Hati Permata Jiwa

Kekasih Hati Permata Jiwa

Kekasih Hati Permata Jiwa

Kekasih Hati Permata Jiwa

Kekasih Hati Permata Jiwa


Ok. Jom ke Johor!





*********************
Percutian 3H2M Johor-Melaka
Seterusnya; Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu



You Might Also Like

0 comments

Press

press