Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor

October 15, 2014

Lebih kurang 20 tahun yang lepas, aku melihat album gambar seorang rakan di asrama. Antara gambarnya ialah foto di hadapan sebuah masjid. Masjid putih dan berkubah biru (sebenarnya hitam). Aku sangat ingat gambar masjid itu. Dan aku tahu namanya Masjid Sultan Abu Bakar. Walaupun tidak bersungguh, tetapi aku menggenggam azam agar suatu hari nanti aku akan menjejak kaki ke masjid indah ini.

Dan kesempatan ke Johor kali ini memberi aku peluang untuk menunaikan hajat. Entah apa istimewanya, aku tidak tahu. Tetapi memang sudah aku war-warkan kepada ahli keluarga, melawat masjid ini sudah dimasukkan ke dalam agenda lawatan.

Kala terlihat masjid itu dari dalam kereta, ada sedikit rasa kecewa. Gambaran di dalam gambar dulu, tidak sama dengan apa yang ada di depan mata. Kecewa, tetapi akal segera berkata mana mungkin masih sama yang 20 tahun dahulu.

Hanya sempat bergambar dengan telefon kamera.


Bahagian luar

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Sisi kiri
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Menara
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Tingkap
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Bahagian hadapan
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Sisi kanan
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Menara

Di bahagian luar, sudah jelas keadaan bangunan yang semakin uzur. Ada juga bahagian yang sudah dibaik pulih, tetapi masih tetap jelas kelihatan umur bangunan yang semakin lanjut. Aku suka dengan corak dan rekabentuk yang menghiasi bangunan. Gaya tempatan, walaupun ada pengaruh unsur luar negara. Ditambah pula dengan warna putih sebagai asas, menampakkan masjid ini terserlah walaupun bergaya tradisi.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Bahagian hadapan

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor



Bahagian dalam

Aku sempat masuk ke dalam untuk menunaikan solat fardhu. Ruangan dalamnya agak luas, dan tidak banyak hiasan yang ada di dalam masjid sepertimana kebanyakkan masjid moden. Terasa tenteram dengan kesederhanaan sebegini. Aliran udara agak bebas, mungkin disebabkan ruang solatnya tinggi dan tingkap yang banyak. Tambahan pula masjid ini terletak di atas bukit dan dekat pula dengan pantai.

Sempat juga mengambil gambar di sini.

Ruang solat Masjid Sultan Abu Bakar
Ruang solat

Ruang solat Masjid Sultan Abu Bakar
Beranda


Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Ruang dalam
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Ruang dalam
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Beranda
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Tingkap
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Tangga
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Jam


Semoga masjid ini kekal terpelihara. Bukan sahaja sebagai mercutanda negeri Johor, tetapi juga sebagai pusat penyebaran dakwah dan ilmu kepada pengunjungnya. Cuma ada sedikit rasa kecewa kerana tidak ada yang memantau pelancong yang datang dengan pakaian yang agak kurang sesuai. Berkeliaran berhampiran dengan kawasan solat pasti tidak menyenangkan mata melihatnya.

Semoga.





*********************

Percutian 3H2M Johor-Melaka
SebelumLebuhraya PLUS Selatan
Seterusnya; Menikmati Kacang Pool di Larkin


You Might Also Like

0 comments

Press

press