Pantai Chenang, Langkawi

October 01, 2014

Jika ke Langkawi, kebanyakkan orang akan memilih tempat penginapan di kawasan sekitar Pantai Chenang. Ini mungkin disebabkan faktor pantai itu sendiri, selain faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi seperti berhampiran dengan lapangan terbang, kemudahan kedai makan dan cenderamata dan lain-lain.

Di sepanjang laluan tepi pantai ini, terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan. Ada yang untuk penginapan bajet, ada juga pilihan hotel mewah berbintang-bintang. Tempat-tempat singgahan untuk lawatan juga ada seperti Laman Padi, Waterworld dan juga pelabuhan kapal-kapal layar mewah di Awana Porto Malai. Aktiviti Island Hoping juga bermula di kawasan hotel ini.

Pantai Chenang, Langkawi
Perlu sentiasa peka, terutamanya kanak-kanak kerana ombak di sini agak kuat dan besar

Bagi kami sekeluarga, pantai ini hanya akan menjadi singgahan sekiranya tidak berpeluang ke Pantai Pasir Tengkorak. Kami menggelarkan pantai ini sebagai "Port Dickson Langkawi" disebabkan suasananya yang meriah dan ramai, sama seperti di Port Dickson. Orang ramai yang mandi-manda, diselang-seli dengan kekecohan pengusaha aktiviti jetski, bot pisang ("banana boat") dan juga paragliding.

Paragliding di Pantai Chenang
Paragliding di Chenang

Sebenarnya, agak menjengkelkan dengan aktiviti-aktiviti ini kerana membahayakan orang ramai. Bot yang mudik ke hulu dan ke hilir sangat dekat dengan orang ramai yang mandi di pantai. Kebarangkalian terkena kipas bot itu tetap ada. Paragliding pula menyusahkan orang ramai ketika mahu berlepas dan juga semasa mahu turun. Silap-silap, boleh tersadung dengan tali yang merentangi pantai. Ditambah pula dengan sikap samseng sesetengah pengusaha yang memarahi orang ramai sekiranya mengganggu "kerja" mereka.

Sepatutnya, dikhususkan satu kawasan hanya untuk aktiviti-aktiviti ini. Diasingkan jauh daripada orang ramai yang mahu bersuka-ria mandi pantai.

Entah lah.

Suasana ini sama sahaja di mana-mana pantai di Malaysia.

Jadi, kalau ke Pantai Chenang pandai-pandai lah cari lokasi yang bersesuaian. Kami semenjak kebelakangan ini memilih kawasan berhampiran dengan kawasan hotel mewah.


Fotografi

Yang menarik juga di sini ialah aktiviti fotografi. Pemandangan sewaktu matahari mahu terbenam sangat indah, ditambah dengan kapal terbang yang merendah mahu mendarat. Ada juga beberapa pulau kecil berhampiran dengan pantai ini, menjadikan pemandangan lanskap itu menjadi lebih menarik.

Belajar-belajarlah mengambil gambar matahari terbenam ini, apa-apa jenis kamera pun boleh. Yang penting tekniknya betul.

:)


Paragliding di Pantai Chenang
Paragliding di Pantai Chenang

Pantai Chenang
Sebelah kanan (utara)
Pantai Chenang
Sebelah kiri (selatan) pantai
Sunset at Chenang Beach, Langkawi


Nikmati dan hargai.

You Might Also Like

0 comments

Press

press