16 Days Photo Challenge | Day 15 - Right before bedtime

October 31, 2014

Apa yang dibuat sebelum tidur?

Macam-macam.

Tonton televisyen bersama keluarga, selalunya hujung minggu. Hari sekolah, televisyen disita!

Melayan anak-anak, bersembang hal-hal tempatan dan gosip-gosip di sekolah.

Melayari alam maya. Whatsapp. Facebook.

Menidurkan si bongsu, sampai abahnya pun tertidur sama.

Dan, selalunya membaca apa yang patut dibaca. Setengah jam sudah lebih daripada cukup.

Ini bacaan terkini.

Aku ingin kembara lagi
Aku ingin kembara lagi

Aku cuba jadikan membaca ini sebagai amalan seharian. Alhamdulillah, anak-anak (dan adinda tersayang) pun sudah mengikut jejak langkah, walaupun bahan bacaan anak-anak aku masih berasaskan komik (yang dipantau).

Contoh melalui teladan.

Membaca juga langkah kembara.






***********
16 Days Photo Challenge
Day 14 : Flashback
Day 16 : Yourself with 10 things




You Might Also Like

0 comments

Press

press