16 Days Photo Challenge | Day 3 – Breakfast

October 18, 2014

Pagi tadi bersama-sama dengan Hafiz dan Hanis, kami ke pasar tani. Hujung minggu, biasalah. Ke pasar untuk mencari barang-barang dapur. Sambil-sambil tu, cari juga juadah untuk sarapan.

Empat bungkus nasi lemak dan tiga jenis roti homemade menjadi pilihan.

Belum sampai di rumah, nasi lemak sudah berkurangan menjadi tiga. Dalam perjalanan ke kereta ada pula yang menahan meminta wang, kononnya untuk membeli minum pagi. Ragu-ragu juga, takut kalau diberi wang nanti disalahguna. Berkira-kira pada mulanya, akhirnya nasi lemak bertukar tangan.

Gaya rupanya semasa menerima, benar-benar sangat berterima kasih. Terpancar-pancar.

Sedih. Sedih betul dengan sikap sendiri yang cepat berburuk sangka.

Terus sahaja pulang. Semoga dia kenyang dengan pemberian yang tidak seberapa.

Di rumah, nasi lemak untuk isteri dan anak-anak. Abah, makan roti saja lah.

Alhamdulillah.

Roti Krim Blueberry
Roti krim blueberry






***********
16 Days Photo Challenge
Day 2 : Something Blue
Day 4 : Water


You Might Also Like

0 comments

Press

press