16 Days Photo Challenge | Day 6 – Favourite Supplement

October 21, 2014

Menurut kamus Google, supplement bermaksud sesuatu yang ditambah kepada sesuatu yang lain untuk menyempurnakannya atau menjadikannya lebih baik.

a thing added to something else in order to complete or enhance it.
"the handout is a supplement to the official manual"

synonyms: addition, supplementation, additive, extra, companion, add-on, accessory, adjunct, appendage, appurtenance 

Ada juga maksud yang lain, tetapi maksud di atas sudah cukup untuk menerangkan tugasan hari ini.

Dalam konteks masyarakat kita (atau mungkin aku seorang sahaja), pemahaman maksud supplement itu lebih mengkhusus kepada makanan / minuman atau produk kesihatan dalam bentuk yang mudah disediakan. Untuk memperbaiki kesihatan diri, juga berjaga-jaga untuk masa hadapan. Di pasaran tempatan, pelbagai jenis produk yang berjenama dalam dan luar negeri boleh diperoleh dengan mudah.

Di rumah kami, apa kurangnya.

Kalau anak-anak, kami pernah memilih Appeton.

Untuk dewasa, sudah lupa nama-namanya. Paling terkini, produk Shaklee dan juga Qaseh Gold.

Pernah juga membeli Herbalife, Habbatus Sauda, madu dan pelbagai lagi.

Dan, yang menggunakan produk-produk ini hanyalah isteri dan anak-anak.

Aku?

Entah lah. Aku ini tidak ada disiplinnya bila menghadap supplement. Paling lama, seminggu. Itupun kalau teringat. Mungkin aku agak skeptikal dengan supplement ini, jadi aku tidak bersungguh.  :)

Jadi sebagai ganti, aku memilih cara lain untuk menambah baik kualiti kesihatan diri. Sama juga, tidak begitu berdisiplin, tetapi akan diusahakan untuk menjadi gaya hidup.

Pertama, air suam/kosong minimum dua (2) liter sehari.

Kedua, aktiviti mengeluarkan peluh (contohnya bersukan), minimum tiga (3) kali seminggu.

Dan ketiga, ini bukan baru. Memang sudah lama. Dari zaman bujang lagi, sudah diamalkan.

Buah-buahan.

Di bawah ini, supplement terkini di rumah.


Betik / Papaya
Hasil tanaman ayahanda

Betik / Papaya
Potong dadu, sejukkan. Sedap!


Betik / Papaya
Buah betik

Sekarang, sedang mengunyah buah epal (yang besarnya dua kali ganda daripada saiz biasa) di pejabat.

Kenyang betul.

Alhamdulillah.




***********
16 Days Photo Challenge
Day 5 : The Sky
Day 7 : Lunch

You Might Also Like

0 comments

Press

press