16 Days Photo Challenge | Day 1 – Handwriting

October 16, 2014

Handwriting.

Tulisan tangan. Jarang sekali berpeluang untuk menulis sekarang ini. Menulis yang betul-betul menulis. Menggunakan pen. Atau pensil. Ada sekalipun, hanya catatan-catatan nota yang ringkas.

Senarai barang untuk dibeli di pasar. Pesanan telefon kawan pejabat. Sesekali catatan mesyuarat. Itu sahaja.

Dan menulis bagi situasi sebegini, biasanya santai sahaja.

Ini hasilnya.

Handwriting
Tulisan tangan kurang rajin

Hihihihi!

Masih baik daripada tulisan doktor, kan?

Tapi aku mengaku, aku pun tak tahu apa yang ditulis dalam catatan ini. Ahahahaha! Catatan lama.


Tulisan rajin

Dan, kalau mengimbau zaman kegemilangan satu waktu dahulu, pasti ada sedikit rasa riak. Eheh! Maaf lah kebongkakkan hamba dalam hal ini.

Tulisan aku, kalau sampai waktu rajinnya, tiba masa skemanya, memang terbaik (sila abaikan perasaan lupa diri ini). Sudah diiktiraf oleh ahli keluarga sendiri, memang tulisan abahnya lebih senonoh dan mudah dibaca. Pesaing yang paling dekat waktu ini, kakak Nur Hanim.

Cubaan sebentar tadi, masih ada auranya.

16 Days Photo Challenge - Handwriting
Tulisan tangan rajin


Ya. Seperti yang dicatat dalam gambar di atas, tulisan aku hari ini berkembang dari evolusi yang agak kejam. Ahahaah! Mak pernah menjadi juri yang tidak ada belas kasihan bila memberi respon akan tulisan aku. Waktu itu masih sekolah rendah, dan zaman itu Mr Os memang bintang yang paling popular. Oleh kerana tulisan aku yang besar, mak memanggil tulisan aku itu "tulisan gigi Os". Bukan tujuan emak menghina, tetapi maksudnya tulisan aku terlalu jelas "kebesarannya".

Di sekolah, cikgu pula mahu tulisan anak muridnya kemas dan mudah dibaca. Arwah cikgu Hajah Samihah, orangnya tegas dan garang. Kami satu kelas disyaratkan untuk menggunakan pen dakwat basah untuk kelas beliau. Perlu hati-hati dengan pen ini, sebab dakwatnya mengembang dan silap gaya, semua huruf-huruf yang ditulis boleh bergabung. Tak boleh dibaca. Dan itu bakal mengundang amarah cikgu tinggi lampai itu. Jadi, lama-kelamaan, tulisan aku hari ini terbentuk dengan "asuhan" yang nampak seperti kejam, tetapi kesan jangkamasa panjangnya masih boleh dilihat sehingga hari ini.

Selepas 25 tahun.

Al-Fatihah untuk cikgu Samihah.






***********
16 Days Photo Challenge
Day 2 : Something Blue



You Might Also Like

0 comments

Press

press