16 Days Photo Challenge | Day 7 – Lunch

October 23, 2014

Entri lambat.

Kalau mahu kemaskini blog waktu cuti di rumah, memang agak susah. Tambah-tambah lagi semalam, umminya keluar ke rumah kawan dengan kakak-kakak. Abah tinggal di rumah, mengasuh si sulung dan si bongsu.

Si sulung, sudah boleh mengurus diri sendiri.

Si bongsu, asyik mahu berkepit.

Sampaikan abah makan tengahari, sudah jam tiga petang.

Ummi masak nasi lemak, semalam. Siap dengan telurnya, kacangnya, dan sudah tentu ada sambal tumis. Makan dengan nasi harum bersantan yang masih panas, memang menyelerakan. Tidak perlu lauk-pauk yang biasanya dimakan dengan nasi lemak, seperti kerang, sotong ataupun ayam goreng.

Nasi lemak masakan ummi sahaja sudah cukup. Kerana ada resepi rahsia.

Lebihkan kasih sayang, dan taburkan zikir secukup rasa semasa memasak.

:)

Terima kasih, adinda.

Nasi Lemak
Nasi Lemak

Nasi Lemak

Nasi Lemak






***********
16 Days Photo Challenge
Day 6 : Favourite Supplement
Day 8 : Black & White


You Might Also Like

0 comments

Press

press