16 Days Photo Challenge | Day 4 – Water

October 20, 2014

Entri terlambat.

Semalam, seharian mengemaskan laman rumah. Aktiviti farmville, kata orang zaman Candy Crush. Penat mengemas, terlelap sekejap dengan anak. Bangkit tidur, sambung pula menggosok baju sekolah anak-anak, untuk kegunaan seminggu!

Adoi! Penat!

Hari ini, mahu melangsaikan hutang.

Bekalan air SYABAS
Air

Asalnya mahu menggunakan gelas putih. Kelam kelibut, depan mata pun tak jumpa-jumpa. Sudahnya, pinjam botol air anak.

Itulah buat kerja minit-minit akhir!



Geram

Berkisah tentang air ini memang sedikit sebanyak mendatangkan rasa geram, marah dan sakit hati. Angkara SYABAS, siapa lagi? Sebelum Ramadan baru-baru ini, pembekal air Selangor ini membaikpulih sistem paip di kawasan kediaman kami. Kalau untuk kesenangan masa depan, siapa mahu menghalang? Kami biarkan sahajalah mereka menjalankan tugas (walaupun paip ke rumah kami bersimpang-siur jadinya!).

Minggu pertama sesudah paip siap, wah! Air mencurah-curah laju. Tingkat atas di rumah, mandi menggunakan hot shower sangat puas. Tidak lagi airnya terkedek-kedek seperti sebelum ini.

Tetapi, seminggu itu sajalah. Sampai hari ini, tekanan air di rumah kami dan beberapa jiran, sangat rendah. Waktu puncak, sampaikan air tidak ada langsung pun pernah. Terpaksalah kami menadah air, kadang-kadang waktu tengah malam kekasih hati bangun untuk membasuh baju.

Oh! Rumah kami ini di kawasan tinggi, jadi bila kami adukan kepada jiran di bahagian bawah, kata mereka tiada masalah langsung.

Aduan kepada SYABAS sudah dihantar dengan pelbagai saluran. SMS, emel, telefon, semuanya sudah. Yang masih belum, pergi menyerang kaunter dengan sebilah kapak di tangan.

;)

Hari ini, ada susulan emel. Sila semak, Encik SYABAS.

Sambil-sambil itu, kita belajar juga lah proses di Tribunal Pengguna ini. Manalah tahu, kan? ;)





***********
16 Days Photo Challenge
Day 3 : Breakfast
Day 5 : The Sky

You Might Also Like

0 comments

Press

press