16 Days Photo Challenge | Day 11 – What I Wore Today

October 30, 2014

Kopiah
Kopiah

Ini kopiah. Untuk dipakai di kepala. Hari ini, dan juga hari-hari yang lepas, dan Insya-Allah pada hari-hari yang mendatang, kopiah ini aku gunakan.

The kopiah is what I wore today. Yesterday. The day before. And hopefully, tomorrow too.

:)

Tahu usianya?

Lebih tua daripada umur anak sulung aku. Abang Haris baru 11 tahun. Tapi kopiah ini lagi tua, tahu? Semenjak abahnya masih bujang lagi, sudah sedia memberi khidmat.

Mungkin sekitar tahun 1992-1993, kopiah ini dikait emak. Asalnya, kopiah ini untuk abang yang sulung. Aku punya, emak jahitkan warna hijau putih. Amboi mak! Warna hijau dan putih itu, ada apa-apa makna kah? Eheheh!

Oleh sebab abang tak pakai kopiah ini, dan kopiah aku yang konon "warnanya mempunyai maksud terlindung" itu hilang, aku lah yang menjadi tuan empunya kopiah tua coklat dan biru ini.

Sampai sekarang.

Sudah banyak kopiah lain aku beli, orang beri. Bertahanlah sekali dua, alih-alih kembali kepada kopiah tua ini juga. Busuk masam macam mana sekali pun, tetap menjadi kesayangan. Isteri kesayangan pun, sudah malas "berhujah", layankan sahaja perangai suami gendut kesayangannya ini.

Hihihihi!

Kopiah ini setia memberi khidmat. Ke mana pergi, memang tak pernah tinggal. Puncak Gunung Ledang, ke Kelantan, ke Indonesia, ke India, ke Mekah. Semuanya sudah sampai.

Kenapa aku suka? Satu, warnanya unik. Lain daripada yang lain. Dua, berlubang-lubang. Kepala tidak berpeluh seperti memakai songkok atau kopiah yang tertutup penuh. Tiga, faktor utama. Kopiah ini, jahitan bonda. Nilainya berkali-kali ganda. Nostalgianya, tiada siapa yang mampu binakan.

Inilah kopiah kesayanganku!






***********
16 Days Photo Challenge
Day 10 : Words of Wisdom
Day 12 : Polkadots


You Might Also Like

0 comments

Press

press