16 Days Photo Challenge | Day 10 – Words of Wisdom

October 25, 2014

Sebenarnya, terlalu banyak kata-kata bijaksana yang aku suka. Terlalu banyak. Dan aku sangat menggemari setiap satunya, terutama jika ia berkaitan dengan kehidupan peribadi.

Dan tugasan kali ini, sedikit sukar.

Puas aku memikirkan, yang mana satu mahu dikongsikan.

Kebetulan hari cuti, hari untuk "bercinta" dengan buku. Semasa memilih-milih buku yang hendak dibaca, terlihat buku-buku karangan Andrea Hirata tersorok di bahagian belakang.

Laskar Pelangi. Sang Pemimpi. Dan yang lain-lain.

Semua buku ini punya Words of Wisdom nya.

Aku tidak tandakan di dalam buku, aku ambil yang ada di bahagian blurb nya sahaja.
 

Sang Pemimpi
"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati"

Membaca buku Sang Pemimpi ini sangat menakjubkan. Buku ini buku yang kedua daripada tetralogi
Laskar Pelangi. Aku betul-betul kagum dengan penceritaan Andrea Hirata, berkongsi pengalaman hidup dalam bentuk novel.

Kerana kata-katanya, kerana keindahan karyanya, aku dan rakan-rakan sampai menjejakkan kaki ke bumi Laskar Pelangi di Pulau Belitung, Indonesia.

Cubalah, kawan. Kalau kau ada kelapangan, carilah bukunya. Baca semuanya. Minda menjadi segar, dengan cerita kehidupan yang mendesak. Aku jamin, temanya jauh sekali berbeza dengan novel-novel popular tanah air. Sangat sangat berbeza!


"Bermimpilah, karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu."





***********
16 Days Photo Challenge
Day 9 : Stripes
Day 11 : What I Wore Today


You Might Also Like

0 comments

Press

press