Sekolah Tun Fatimah (STF)

October 23, 2014

"Bang, lepas ni kita singgah sekolah ummi kejap. Nak tunjuk kat anak-anak."

Ummi meminta dibawa ke sekolah ummi dahulu. Hanya mahu berkongsi dengan anak-anak di mana umminya menuntut ilmu semasa usia masih lagi belasan tahun. Merantau jauh dari utara sampai lah ke hujung semenanjung. Memang sekolah ini banyak maknanya buat kekasih hati ini. Tempat mengenal hidup, jauh daripada keluarga dan hanya bergantung kepada ehsan guru-guru dan rakan-rakan.

Boleh saja, kekasih.

:)

Sekolah Tun Fatimah
Sekolah Tun Fatimah

Kami sempat membuat dua pusingan dalam kawasan sekolah ini dan ummi teruja berkongsi kisah-kisah lama. Seronok melihat ummi begitu. Di mana dewan makan, kelas, asrama, padang untuk bersukan semua ummi masih ingat. Barangkali tidak banyak perubahan struktur yang berlaku, selain daripada warna cat bangunan.

STF ini, antara sekolah berasrama perempuan yang agak terkenal suatu waktu dahulu (dan mungkin juga sekarang?). Aku sendiri selalu mendengar orang menyebut-nyebut STF ini, selain daripada Kolej Tunku Kursiah dan juga Sekolah Seri Puteri. Mana tahu, yang menjadi permaisuri hati pula datangnya dari sekolah terkenal ini.

I am proud of you, sayang.

Sekolah Tun Fatimah
Ummi dan anak-anak
Sekolah Tun Fatimah
Ummi dan kekasihnya. Eheheh!


Kami sempat bergambar untuk kenang-kenangan. Semoga ada terselit dalam hati anak-anak untuk ke STF, mengikut jejak langkah umminya.

Untuk yang lelaki, ke MRSM Muar juga tak kurang hebatnya!

:)






*********************

Percutian 3H2M Johor-Melaka
SebelumMenikmati Kacang Pool di Larkin
Seterusnya; Legoland Malaysia

You Might Also Like

0 comments

Press

press