Tanjung Rhu, Langkawi

October 13, 2014

Selain menjadi lokasi untuk permulaan aktiviti kembara paya Kilim Geoforest Park, Tanjung Rhu ini juga menjadi pantai perkelahan di Langkawi. Agak kurang dikenali, mungkin disebabkan lokasinya yang agak jauh. Tambahan lagi, hanya hotel-hotel yang berbintang-bintang sahaja terdapat di sini. Mungkin ada juga hotel/motel bajet, tetapi untuk sampai ke pantai Tanjung Rhu mata pasti tidak lepas memandang hotel-hotel mewah yang terdapat di sepanjang jalan.

Four Seasons Resort antara hotel yang terletak di sini.

Atau, hotel ini lah satu-satunya yang ada di sini. Aku kurang pasti. :)

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi
Pulau kecil yang berhampiran

Kami sekeluarga sesekali ada juga ke pantai Tanjung Rhu. Bukan untuk berkelah, sekadar berjalan-jalan menghirup udara petang. Lagipun agak was-was dengan keadaan pantai yang mencuram ke laut, merbahaya juga untuk aktiviti mandi-manda anak-anak. Ada juga gerai cendol dan laksa di tepi jalan. Boleh juga mengisi perut sambil-sambil.

Kami tidak pernah merayau jauh di pantai ini. Dari tempat parkir kereta, kita akan melalui deretan kedai/warung yang menjual cenderamata, pakaian dan juga jajan. Selalunya kami sampai ketika keadaan sudah tenang, tidak ramai orang. Atau sememangnya keadaan di situ sentiasa lengang, aku kurang pasti.


Tanjung Rhu, Langkawi

Tanjung Rhu, Langkawi


Oh! Tetapi awas, ya! Kadang-kadang, ada juga "minah saleh" yang berjemur tanpa pakaian yang secukupnya. Untuk anak-anak, sangat merbahaya. Untuk bapa kanak-kanak, bisa mendatangkan kecederaan iman. :)

Tanjung Rhu, Langkawi
Tanjung Rhu, Langkawi
Tanjung Rhu, Langkawi
Tanjung Rhu, Langkawi

Selamat berkunjung ke Tanjung Rhu.




*********************
Klik di sini untuk lokasi-lokasi menarik di Langkawi.

You Might Also Like

0 comments

Press

press