Bercakap dengan jin

November 10, 2014

Tadi, singgah ke MPH Nu Sentral.

Sesekali.

Sebenarnya sudah entah berapa kali.

Geram betul. Geram dengan buku-buku yang ada. Geram dengan perangai sendiri yang mengada-ngada. Membeli tak sudah-sudah. Membacanya cukup jarang. Di rumah, sudah banyak buku tersusun menunggu untuk dibaca.

Hari ini, dua buah buku lagi menjadi koleksi.

Aduh!

Berangan-angan juga mahu mengumpul lagi beberapa buah buku, untunglah wang tunai sudah makin susut di dalam dompet.

Dalam masa merayau-rayau mencari buku yang menarik, terjumpa pula buku ini.

Bercakap dengan jin oleh Tamar Jalis
Bercakap dengan jin

Uih!

Mengimbau kenangan betul. Buku ini memang menjadi bahan bacaan utama lebih 20 tahun yang lepas. Adik mak, cukup rajin membeli. Aku pula, cukup rajin menumpang baca.

Seram oiii... seram ya amat!

Sampai nak ke bilik air pun sudah takut. Sampai tidur pun mahu lampu tetap menyala. Tetapi tetap juga mahu baca sehingga tamat.

Seram oi!

Tak tahulah sekarang ini, sanggup atau tidak lagi membaca jika diberi peluang.

Takut oi!

You Might Also Like

0 comments

Press

press