[Buku] DIAgnosis (Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah)

November 13, 2014

DIAgnosis
DIAgnosis (sumber gambar; http://ibnuddinbookshop.blogspot.com)


DIAgnosis oleh Dr. Anwar Fazal
Nilaian: 4/5 bintang


  1. Aku beli buku ini disebabkan ada kawan yang mencarinya.
  2. Kebetulan berhampiran pejabat, ada jualan murah kedai buku MPH. Dan buku ini juga ada.
  3. Di muka hadapan tertulis "paling banyak terjual ketika PBAKL 2014".
  4. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian, mengikut jumlah penulis yang menyumbangkan. Kesemuanya doktor, dan dua daripadanya adalah pasangan suami isteri.
  5. Penulis pertama, aku lebih gemarkan format penulisannya. Pendek dan pelbagai. Cuma aku agak ragu dengan kesahihan cerita-ceritanya. Ada yang seperti pengalaman benar, tapi ada seperti cerita yang dibuat-buat.
  6. Masuk ke bahagian kedua, tiba-tiba format penulisan bertukar. Daripada penulisan pendek, menjadi cerpen yang banyak mukasurat. Kali ini, barulah "terasa" kehidupan seorang doktor.
  7. Penulis terakhir yang paling aku gemar. Terutamanya babak terakhir. Membaca situasi genting yang dialami, seolah-olah aku turut berada di tempat kejadian. Penceritaanya baik, cuma terlalu banyak terminolgi perubatan yang digunakan. Bagus untuk mendidik, tetapi sedikit menggangu pembacaan kerana perlu merujuk nota kaki setiap kali terjumpa perkataan pelik-pelik. Dalam satu perenggan, hampir lima terminologi perubatan digunakan. Aduh!
  8. Ada perkataan-perkataan yang dicetak bersambung, tidak ada langkau. Mana boleh, buku yang jualan tertinggi mana boleh ada masalah begini!
  9. Expectation ketika membaca buku ini (berdasarkan blurbnya) ialah untuk memahamkan jerit perih kerjaya seorang doktor, tetapi sudah habis membaca, tidak ada rasa sebegitu. Betul doktor banyak berkorban, tetapi bomba juga, guru juga, dan banyak lagi kerjaya yang perlukan pengorbanan. Pada aku, kalau itu kerjaya yang kita pilih, tidak perlu banyak mengeluh. Penat itu, iya. Tidak boleh tidak, mesti penat.
  10. Yang aku suka, doktor-doktor ini meniatkan kerjanya itu untuk Allah. Itu yang terbaik, doktor! Semoga kalian terus sukses!


Ulasan buku yang lain



You Might Also Like

0 comments

Press

press