[Buku] Catatan Matluthfi (Matluthfi)

November 26, 2014

Catatan Matluthfi
Catatan Matluthfi



Catatan Matluthfi oleh Matluthfi
Nilaian: 3/5 bintang
Terbitan: Puteh Press
Tarikh terbit: 15 November 2014
ISBN13: 9789673692798
Bahasa: Malay

***

Matluthfi90.

Carilah di Youtube. Video-videonya melucukan. Dan lorat utaranya, aduh! Pekat lagi likat. Tapi yang pasti, dia tidak menghiburkan secara kosong. Ada mesej yang mahu disampaikan. Dia kreatif dalam menyampaikan, dan dengan mudah "memikat" jiwa muda.

Dan juga mereka yang pernah muda. :)

Bagi aku, Matluthfi selamba dalam karyanya. Aku mengikuti video-videonya sejak mula tersebar orang berkongsi di Facebook. Mungkin sekitar 2-3 tahun yang lepas. Sejak hari itu, aku menjadi follower (bukan stalker) budak ciyu (cina + melayu) ini. Isu-isunya ada yang berkisar perkara semasa, jadi bila kau "ketinggalan zaman", terpinga-pinga juga mahu faham. :)

Dan bila tersebar pula Matluthfi sudah ada buku (dari FB juga), aku tanpa banyak soal terus membuat pesanan.

Berbaloi?

Hmmm.. jika kau mahu membuat perbandingan antara video dan buku matluthfi, samalah seperti kau membandingkan rasa kuih koci dan sirap limau. Dua-dua boleh ditelan, tapi dengan cara dan kepuasan yang lain.

Bagi aku, Catatan Matluthfi masih dalam konsep yang sama. Mahu menghibur dan mengajak kita berfikir dalam masa yang sama. Cuma catatan Matluthfi ini sama seperti buku-buku yang aku pernah aku baca seperti Proletar Dua Menara, Ulu Yam di Liverpool dan lain-lain. Konsep catatan di blog, Facebook, Twitter yang dibukukan. Aku hanya follower Matluthfi di Youtube, tetapi tidak pada media sosial yang lain. Jadi, walaupun Catatan Matluthfi ini sudah terlebih dahulu dikongsi di media sosial, aku tidak pernah baca dan tahu.

Jadi, catatan ini semuanya "baru" bagi aku.

Dan buku ini menunjukkan sisi lain Matluthfi. Sisi lain? Agak "poyo" bunyinya. Ehehehe! Tapi dalam buku ini kita boleh lihat Matluthfi yang serius, berbahasa Inggeris dan berpuisi. Lawaknya tetap ada.

Oh! Berbahasa Inggeris itu bukanlah "sisi lain" sangat, cuma dalam video Matluthfi lebih banyak berbahasa utara. :)

Boleh beli. Boleh baca. Kena fikir.



Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press