Kemaruk

November 05, 2014

Lif terbuka. Beliau melenggang-kangkung masuk ke dalam, sambil mata masih melekat menghadap telefon.

Kita sabar.

Beliau tekan Level XX. Tapi tak tekan butang katup.

Kita sabar.

Level XX-3. Orang keluar. Beliau masih tersenyum-senyum dengan telefon, sikit pun tak mau tekan butang katup, walaupun jarak jari beliau dengan butang tu hanya dalam 3 inci.

Kita sabar.

Level XX. Dia masih khayal dengan telefon pintar. Pintu lif katup.

Kita senyum.

Level XX+2. Dia baru perasan sudah terlajak. Terpinga-pinga.

Kita keluar. Kita gelak goyang-goyang perut.

Miahaahahahahaha!!!

You Might Also Like

0 comments

Press

press