Tahniah, Nur Hanis!

November 14, 2014

Alhamdulillah.

Semalam, kesayangan kami nombor tiga ini berkongsi keputusan peperiksaan akhir tahun. Keputusan yang memberangsangkan. Tersenyum lebar abah dan ummi. Hadiah abah hanyalah ucapan tahniah, dan ciuman ke pipi gebu Nur Hanis.

Abang dan kakak, memandang cemburu.

Hehehehe! Biarlah, ini giliran adik.

Keputusan peperiksaan Nur Hanis
Keputusan peperiksaan akhir tahun Nur Hanis

Tidak dapat top 3 (untuk dapat hadiah hujung tahun) pun, tak apa lah. Keputusan ini bagi abah sudah sememangnya layak mendapat hadiah. Minggu depan abah belanja Hanis, ya? Minggu ni tak sempat, abah kena berkursus.

Anugerah Cemerlang Tadika Amal Gombak 2013

Kebetulan, sana sini di Facebook ramai yang berkongsi perihal anak-anak yang bergraduasi tadika/pra-sekolah. Terimbas semula kenangan tahun lepas, Nur Hanis bergraduasi dengan cemerlang sebulan selepas Hafiz dilahirkan. Abah dan kakak Hanim temankan Hanis ke Dewan Sri Nilam, Taman Melawati untuk acara penyampaian hadiah.

Nur Hanis, untuk anugerah Pelajar Terbaik Perempuan (PTP).

Anugerah Cemerlang Tadika Amal Gombak 2013
Pelajar Terbaik Perempuan - PTP

Sebelum penyampaian hadiah, ada persembahan daripada anak-anak Tadika Amal (enam buah sekolah kesemuanya, jika tidak silap). Seronok melihat anak-anak comel ini bersungguh-sungguh mahu menunjukkan bakat. Ada yang malu-malu, ada yang terlebih berani.

Ehehehe!

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Pak Lebai

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Semoga kalian membesar dengan redha dan rahmat Allah

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Santai

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Pak Sheikh

Yang paling abah tak sangka, bila Tadika Amal Gombak membuat persembahan. Nur Hanis terlibat, tapi langsung tak pernah berlatih depan kami di rumah. Memang betul-betul kejutan. Adik menjadi ketua dalam persembahan, dan suara beliau lah yang paling kuat.

Aduhhh!

Tapi abah tersenyum-senyum bangga di belakang. Ah! Kalau lah ummi dapat datang (sedang berpantang), mesti ummi pun seronok dan bangga.

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Mana gigi? Eheheh!

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Dengan kawan baik, Qistina

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Hilang malu-malunya bila di pentas

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Kalam Jamai Tadika Amal Gombak

Akhir sekali, tibalah waktu yang dinanti-nantikan. Penyampaian hadiah, bermakna tamatlah sudah alam pra-sekolah anak abah dan ummi ini. Dalam rasa gembira, terselit juga rasa sedih. Nur Hanis yang manja ini sudah semakin menginjak dewasa.

:(

Semoga yang terbaik sahaja dalam hidupmu, nak. Abah dan ummi sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak tersayang.

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013

Anugerah Cemerlang Rangkaian Tadika Amal 2013
Tahniah

:)

You Might Also Like

0 comments

Press

press