Bunga Tiga Bulan

December 19, 2014

Bunga Siti Zubaidah
Bunga Tiga Bulan
Bunga Tiga Bulan. Dikenali juga dengan nama Bunga Siti Zubaidah (melalui carian google). Tempoh hari, mak yang menanam pokok ini. Kemudian, kakak di sebelah rumah pun turut sama menanam. Sedang ranum mekar mengembang, mana mungkin boleh terlepas daripada rakaman kamera aku.

Eheheheheh!

Putik
Putik


Warnanya biru. Cantik. Di rumah mak, pernah nampak warna merah jambu. Kadang-kadang, seperti putih. Jadi hairan juga kenapa namanya Bunga Tiga Bulan? Patutnya, bunga tiga warna. Memang tak faham. Mungkin dinamakan Tiga Bulan disebabkan usianya hanya menjangkau tiga bulan sebelum layu dan gugur.

Barangkali.

Hari ini tergerak hati untuk mendapatkan maklumat lanjut. Rupa-rupanya warna bunga ini terkesan daripada pH keasidan tanah.

Semakin berasid, semakin biru.

Kurang asidnya, menjadi merah jambu.

Kalau baka bunga berwarna putih, warnanya kekal tidak berubah.

Kepulan Gebu-Gebu Ungu
Kepulan Gebu-Gebu Ungu
Bunga Tiga Bulan
Bunga Tiga Bulan
Bunga Siti Zubaidah
Bunga Siti Zubaidah


Sedikit maklumat yang diperolehi;
Pokok renek daun luruh ini biasanya tumbuh setinggi 1-3 m. Daunnya berlawanan, ovoid-tirus ringkas, 7-20 cm panjang, dengan tepi bergigi kasar. Bunganya boleh berwarna putih, atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda bergantung kepada pH tanah; Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jenis bunga putih tidak bertukar warna.

Sumber; Wikipedia

Cantik betul! Cantik dipandang.

Cuma untuk menanam sendiri, tak sanggup! Ehehee!





You Might Also Like

0 comments

Press

press