Laksa Langkawi

Salah satu kepakaran isteri tersayang ialah memasak.

Dan masakan utara itu sudah tentu.

Yang paling memikat perut, sudah tentu lah laksa. Aduh! Sedapnya tidak terkata. Tidak ada tandingan. Membayangkannya saja sudah berjujuran air liur.

Ok. Itu melebih-lebih. Tidak lah sampai air liur meleleh. Cuma nak menunjukkan betapa laksa yang disediakan isteri saya yang paling comel itu, sangat menyelerakan.

Bayangkan, aku ini hanya makan laksa setelah berumahtangga. Sebelum itu bila disuakan hidangan laksa, aku menolak. Kalau terpaksa (demi menjaga hati tuan rumah), aku jamah mee nya saja. Kuahnya aku biarkan.

Kau tahu, aku tidak makan laksa ketika itu, kerana kuahnya! Tekak tidak boleh terima hakikat bahawasanya kuah laksa itu dibuat daripada ikan yang dihancurkan.

Entah apa jampi kekasih hati, dihidangkannya pertama kali terus jatuh cinta.

Laksa Cinta si Gadis Langkawi.

Wah!

Laksa Cik Milah
Bahan yang terhad tidak mematahkan selera

Anak-anak pun semuanya penggemar laksa ummi. Siap bercadang-cadang mahu membuka kedai menjual laksa ummi.

Laksa Cik Milah
Terbaik!


Semangkuk RM4.00. Ok? :)





Reactions

Post a Comment

0 Comments