LEGOLAND Malaysia | Imagination

Cuaca yang semakin terik memaksa kami menggunakan payung untuk si comel. Panas betul. Pokok yang masih kurang dan belum merimbun menambah faktor kepanasan di sini. Untung juga pengunjung tidak sesak, kalau tidak lagilah sengsara.

Dengan panasnya. Dengan bau peluhnya. Alangkan bau peluh sendiri sudah mahu pening.

Eheh!




Build & Test

Untungnya di Immagination ada aktiviti indoor. Selain melepaskan lelah, boleh juga menumpang menyejukkan badan. Sementara anak-anak khayal di bahagian rekacipta, abah dan ummi meneman Hafiz bermain dengan blok Lego yang lebih besar.

Habis dikecahkannya satu meja. Haih!

LEGOLAND Malaysia | Immagination
Anak-anak khusyuk di bahagian rekacipta




Kid Power Towers

Akhirnya anak-anak sudah mula kebosanan. Kami keluar dari bilik rekacipta dan mahu bermain di luar. Yang terdekat, Kid Power Towers. Menggunakan tenaga sendiri untuk mendaki tinggi. Oleh kerana Nur Hanis tidak lepas syarat, hanya kakak dan abang yang bermain. Kesian juga, panas-panas begitu mahu menggunakan kudrat lagi. Tetatp semuanya diabaikan, asalkan puas. Tersengih-sengih kakak dan abang mahu berlumba dengan orang di sebelah.

Kids Power Tower
Abang dan kakak

Kids Power Tower
Sedia!

Sudah penat berhempas-pulas, kami membeli air minuman yang dijual berhampiran. Tidak banyak pilihan, dan kami memilih air berkarbonat yang harganya menjulingkan mata. Beli sahajalah, walaupun haus hanya yang hilang hanya sedikit.





LEGO Studios

Kami kemudiannya ke LEGO Studios untuk menonton wayang gambar 4D. Memang kebetulan, kami orang terakhir yang masuk sebelum tayangan bermula. Ini kali pertama kami menonton wayang 4D. Anak-anak cukup teruja dengan kesan-kesan khas yang ada. Semburan air, asap, bau-bauan antara elemen yang menjadikan tayangan ini 4D. Abahnya pun teruja sama!

Selesai menonton, kami kembali mencari ummi. Serba salah juga, ummi ditinggalkan agak lama bersama Hafiz. Rupanya, Hafiz sedang sedap melayan mata. Letih sangat agaknya, ditambah dengan cuaca yang panas. Bila sudah mendapat udara sejuk penghawa dingin, sedap lah melelapkan mata. Oleh kerana kami mengejar masa, terpaksalah juga kami membawa Hafiz keluar dari bilik rekacipta.

Immagination
Binaan lego di sekitar Imagination
Badak Sumbu
Badak

Zirafah
Zirafah


Kami meneruskan langkah ke zon terakhir lawatan kami, Land of Adventure.






*********************








Reactions

Post a Comment

0 Comments