Udara, Air dan Darat

December 31, 2014

Sebenarnya badan masih terasa sengal-sengal keletihan. Dua minggu ini penat berulang-alik antara Langkawi dan Gombak.

20 Disember bertolak ke Langkawi dengan kereta. Kemudian menyeberang laut dengan feri hampir satu jam. Alhamdulillah, urusan pembelian tiket feri sekarang dipermudahkan dengan cara pembelian online.

21 Disember keluar dari Langkawi kerana mahu pulang. Kereta ditinggalkan di rumah saudara, kemudian ke Shahab Perdana untuk menaiki bas ekpres Transnasional ke Kuala Lumpur.

Tiket feri ke Langkawi
Tiket feri (belian online)

Bas Transnasional AS - KL
Tiket bas Transnasional

24 Disember kembali ke Langkawi. Kali ini dengan Air Asia. Seperti selalu, rasa kurang selesa berada di udara terus menerjah rasa. Untunglah perjalanan baik-baik sahaja. Masa diisi dengan bahan bacaan, salah satu cara untuk menjauhkan fikiran negatif yang mencelarukan.

27 Disember kembali semula ke Kuala Lumpur. Tidak mahu menggunakan perkhidmatan bas, lebih selesa dengan keretapi. Tapi dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, mata enggan bekerjasama. Sekejap terjaga, sekejap lena. Natijahnya sampai hari ini kepala masih lagi "senoneng".

Tiket AirAsia ke Langkawi
Tiket AirAsia ke Langkawi

Tiket KTM ke Alor Setar
Tiket KTM ke Alor Setar

Malam ini, penghujung hari 2014, akan kembali berkelana. Dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dengan keretapi, kemudian ke Kuala Perlis dengan kereta, menyeberang laut dengan feri, menyewa teksi dari Kuah ke kampung.

Penat!

Tapi ganjarannya bertemu mata dengan lima kekasih hati.

Tunggu abah, ya!

You Might Also Like

0 comments

Press

press