[Buku] Daripada Budu Ke Cheese (Zaida Rahim)

January 20, 2015

Daripada Budu Ke Cheese oleh Zaida Rahim
Daripada Budu Ke Cheese oleh Zaida Rahim


Daripada Budu Ke Cheese oleh Zaida Rahim
Nilaian: 3/5 bintang

Sesebuah buku yang dikategorikan sebagai "travelog", sememangnya menjadi daya penarik yang cukup kuat untuk buat aku tergoda. Natijahnya, buku ini aku ambil dari rak dan terus ke kaunter untuk membayar tanpa mebelek-belek seperti selalu.

Hampa!

Bukan berkaitan "travel" sama sekali, hanya pengkisahan "travel" kehidupan.

Buku ini mengisahkan pengalaman hidup pahit manis seorang wanita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, spesifikasinya pengajaran bahasa Inggeris. Terbahagi kepada dua bahagian utama; yang pertama bercerita pengalaman semenjak di bangku sekolah sehinggalah bersara dan membuat kerja dari rumah. Bahagian kedua merupakan catatan entri di blog dan agak "akademik", iaitu teknik dan tips memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris.

Dua perkara yang berbeza disatukan menjadi satu buku.

Aku lebih sukakan bahagian yang pertama. Sedikit sebanyak menyuntik motivasi untuk membuat yang lebih baik (terutamanya penguasaan bahasa Inggeris). Bahagian kedua juga menarik, tetapi sedikit janggal apabila digabungkan dengan bahagian yang pertama.

Semoga beliau terus gigih mendidik anak bangsa menguasai bahasa dunia ini.

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press