Autumn In Sikney. Percayalah.

Jumaat lepas, kami sekeluarga berkelana ke Kedah. Mahu menghadiri kenduri akad nikah saudara sebelah Ummi. Acaranya selepas Asar, jadi kami langsung saja ke Sik terlebih dahulu melawat adik aku yang baru menyambut kelahiran anak yang ketiga.

Memintas jalan lebuhraya, kami memilih untuk menggunakan "jalan kampung" atau "jalan dalam". Sebenarnya aku pun tak pasti apa yang sesuai digunakan. Mungkin juga jalan persekutuan. Senang cerita, jalan yang tak ada tol!

:)

Menempuhi ladang getah dan kelapa sawit bermula dari Kulim, Kuala Ketil kemudian ke Bukit Selambau, ke Jeniang dan akhir sekali pekan Sik, membuat hati jadi tidak keruan melihat ladang getah yang mengasyikkan.

Ya, kawan. Kau tak silap. Aku berbicara tentang ladang getah!

Terus aku terimbas kenangan tahun 2009. Di negeri yang sama, di daerah yang sama. Aku terpegun dengan keindahan ladang getah. Warna-warninya. Ketenangannya.




Warna-warni daun getah

Entah kenapa setiap kali aku ke Sik ini, aku menjadi begitu teruja. Ada rumah-rumah kampung, sawah padi yang menghampar bumi, ada bukit-bukit yang mengindahkan latar belakang, ada juga empangan yang menyediakan lanskap cantik untuk kau terus memuja-muji kebesaran Ilahi.

Sungguh!

Sampai aku menjadi begitu mementingkan diri, aku meletak harap jangan ada pembangunan di sini. Pembangunan yang bernamakan kemodenan, yang selalunya membawa kemusnahan.

Kami ke Tasik Beris sebelum ke rumah adik. Aku nekad, aku katakan kepada kekasih hati, aku mahu juga singgah di mana-mana ladang getah untuk akuk potretkan gambar sekeping dua. Ummi turutkan sahaja.

Ah! Mahu apa lagi daripada isteri tercinta, faham sungguh oleh beliau akan "kegilaan" suaminya ini.

Terima kasih, sayang.

Love you till jannah. :)

Entah di ceruk mana, entah di sudut mana, kami berhenti di tepi ladang getah yang berhampiran jalan utama. Kedudukkannya di cerun bukit, menyebabkan aku hanya bergambar di bahagian bawah. Itupun sudah cukup.

"Abah! Ambil gambar getah tau!"

Jerit kakak Hanis dari dalam kereta. Aku iakan saja.

"Jom lah keluar. Abah ambil gambar Hanis dekat ladang getah"

Niat aku hanya mahukan anak dara ini menjadi model bergambar. Alang-alang, kan? Letak model, baru lah "hidup" gambarnya. Rupanya, anak-anak dara ini ada agendanya tersendiri. Kanak-kanak comel ini mahu berkenalan dengan pokok getah. Mahu melihat getah. Hanya pernah dengar, tapi belum pernah bertentang mata.

Allahuakhbar.

Abah lupa. Anak-anak abah ini "orang bandar". Belum pernah melihat sendiri pokok getah itu secara dekat. Bagaimana getah itu dihasilkan. Aduh! Abah ini bukan lah ada pengalaman, wahai anak-anak. Tetapi asasnya, abah tahu lah.

"Ini ladang getah. Ini pokok dia. Sampai satu umur, kita dah boleh toreh pokok ni. Ni nampak? Ini bekas torehan, dari atas ke bawah. Bila dah toreh, getah dia keluar kita tampung dengan mangkuk ni. Untuk elakkan getah ni tumpah ke tanah dan rosak, orang akan letakkan sejenis cecair untuk jadikan getah tu beku. Jadi kalau jatuh, getah tu masih boleh kita ambik."

Anak-anak mengangguk. Faham atau tidak, wallahualam.

Usai sesi "lawatan sambil belajar", kami pun terus bergambar.

:)

Ladag Getah
Ladag Getah

Pokok getah yang mula menggugurkan daun
Pokok getah yang mula menggugurkan daun

Pokok Getah
Pokok Getah
Berlatarbelakangkan awan biru
Berlatarbelakangkan awan biru

Sinar matahari
Sinar matahari

Merah, kuning, hijau bersatu
Merah, kuning, hijau bersatu

Lorong
Lorong

Pondok
Pondok

Model comel
Model comel

Kakak Hanim
Kakak Hanim

Seronok.

Dan sebenarnya, kita sering "gagal" melihat keindahan walau hanya di depan mata.








Reactions

Post a Comment

0 Comments