[Buku] Aku, Kau & Hantu (Artis-artis Komik-M)

February 18, 2015

Aku, Kau & Hantu
Aku, Kau & Hantu
Aku, Kau & Hantu oleh Artis-Artis Komik-M
Nilaian: 3/5 bintang
Terbitan: PTS Publishing House
Tarikh terbit: 2015
ISBN13: 9789674101244
Bahasa: Malay

******

Membaca komik sekali-sekala sebagai bacaan ringan. Seronok juga. Saya tidak ragu-ragu dengan komik terbitan PTS. Bahasa komiknya tidak kasar dan juga tidak terlalu "pasar", jadi sesuai untuk dibaca semua peringkat umur. Malahan saya yakin tidak sukar untuk bukan penutur bahasa melayu tegar memahami komik ini.

Seperti terbitan komik "Aku, Kau & ..." yang lain, komik ini menghimpunkan cerita yang dihasilkan oleh kartunis yang berbeza. Isunya kali ini ialah hantu. Bagaimana pengaruh hantu dalam kehidupan seharian. Ada yang disampaikan secara santai, ada juga yang agak "ilmiah". Lukisan komik juga menarik, cuma ianya berwarna hitam dan putih.

Saya sarankan komik-komik terbitan PTS ini sebagaj salah satu material penggalak bacaan anak-anak. Bermula daripada komik, kelak minat membaca mereka akan merebak. Percayalah, anak-anak saya sebagai buktinya!

Oh! Saya bukan pekerja PTS, ya! :)

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press