Mini Malaysia, Melaka

February 10, 2015

Rumah Melaka
Rumah Melaka
Selesai urusan keluar dari hotel, kami terus menghala ke Ayer Keroh, Melaka. Mahu singgah ke Mini Malaysia, taman kecil yang menghimpunkan rumah-rumah tradisional seluruh Malaysia. Sebenarnya, sudah lama berhasrat mahu ke taman ini. Kali terakhir (mungkin juga kali pertama) ke Mini Malaysia ketika masih berusia awal belasan tahun, atau mungkin sebelum itu lagi.

Entah. Mungkin aku yang memang penyanjung budaya Melayu lama, menjadi teruja bila menjejak kaki ke sini. Mahu juga dikenalkan kepada anak-anak. Biar jangan menjadi katak di bawah tempurung. Biar kenal dengan budaya dan kehebatan bangsa sendiri.

Kami tiba ketika matahari sudahpun meninggi. Sebelum melangkah masuk, perut minta diisi. Aku sudah ingat-ingat lupa keadaan di sini, jadi pemandangan dan keadaannya semua kelihatan baru. Kami ke ruang makan dan memesan nasi ayam sebagai juadah tengah hari.

Sedap juga.

Tiket

Tiket ke Taman Mini Malaysia
Harga tiket Mini Malaysia (RM60.80)
Tidak sangka pula harga tiketnya yang agak mahal. RM16.90 untuk dewasa, RM9 untuk kanak-kanak. Mahu marah pun tiada guna. Pejam mata, hulurkan saja keping-keping ringgit yang tersisa. Kami dimaklumkan bahagian Mini Asean dalam proses baikpulih, jadi harga tiket ini sudahpun ditolak daripada harga ke Mini Asean.

Kalau ada, entah berapa pula harganya.

Sebelum memulakan perjalanan, ada pula jurukamera yang mahu memfotokan gambar kami sekeluarga. Ayat-ayat memujuk seperti selalu, "taknak beli tak apa" menjadi kata-kata kempen yang biasa. Kami pun bergaya mengikut arahan, sekadar mahu mengambil hati adik jurukamera yang sudah berpeluh kepanasan "menunggu mangsa" entah sejak bila.

Kami mulakan dengan rumah yng pertama di sebelah kanan, Rumah Perlis. Anak-anak agak takut-takut mahu naik. Aku pun. Seperti rumah tinggal. Seram juga. Ehehe! Tapi, buat juga berani-berani sebab yang beria-ia mahu ke sini, aku lah!

Dan hanya dalam beberapa minit, putera bongsu kami melaksanakan tugasnya yang hakiki.

Ook-ook.

Alahai!

Terpaksalah turun dan patah semula ke pintu masuk untuk ke tandas. Mujur belum jauh.

Selesai berurusan, kami meneruskan perjalananan. Kali ini kami terus sahaja ke bahagian kiri taman, kerana tandas terletak di situ.

Jom kita ronda!

Rumah Sarawak

Rumah Sarawak
Bahagian hadapan
Bergambar di tanggga
Di tangga
Sudut pandang
Sarawak dari rumah Sabah

Rumah Sabah

Bahagian luar Rumah Sabah
Bahagian luar Rumah Sabah
Rumah Sabah
Dalam rumah Sabah

Rumah Pahang

Rumah Pahang
Rumah Pahang
Bahagian dalam Rumah Pahang
Bahagian dalam Rumah Pahang
Tangga Rumah Pahang
Tangga Rumah Pahang


Rumah Kelantan

Rumah Kelantan
Rumah Kelantan
Di tangga Rumah Kelantan
Di tangga Rumah Kelantan
Rumah Kelantan
Rumah Kelantan


Rumah Johor

Rumah Johor
"Assamualaikum! Takde orang ke?"


Rumah Negeri Sembilan

Rumah Negeri Sembilan
Rumah Negeri Sembilan
Sisi tepi Rumah Negeri Sembilan
Sisi tepi Rumah Negeri Sembilan
Model Rumah Negeri Sembilan
Model Rumah Negeri Sembilan
Rumah Negeri Sembilan
Rumah Negeri Sembilan
Minang Girl
Minang Girl


Rumah Selangor

Rumah Selangor
Rumah Selangor
Rumah Selangor
Rumah Selangor
Model Rumah Selangor
Model Rumah Selangor
Bahagian depan
Bahagian depan
Ruang tamu Rumah Selangor sangat luas
Ruang tamu Rumah Selangor sangat luas


Rumah Perak

Rumah Perak
Rumah Perak


Rumah Kedah

Rumah Kedah
Rumah Kedah


Rumah Pulau Pinang

Rumah Pulau Pinang
Rumah Pulau Pinang
Sudut sisi
Sudut sisi

Depan
Depan


Rumah Perlis

Rumah Perlis
Rumah Perlis


Puas?

Sebenarnya agak mendukacitakan. Kebanyakkan keadaan rumah di Mini Malaysia ini dalam keadaan yang tidak baik. Dinding dan lantai ada yang sudah berlubang. Mujur tidak ada yang membahayakan (tidak kami temui). Suasananya suram, sehinggakan anak-anak kami jadi takut untuk masuk selagi abahnya belum menjejak kaki ke dalam rumah. Malah, ada rumah yang ditutup terus tanpa ada sebab. Ini sememangnya mengecewakan kerana Mini Malaysia ini seharusnya berfungsi sebagai one-stop-center untuk mengenali Malaysia secara asas.

Masalah kos penyelenggaraan, mungkin?


Penat

Oleh kerana cuaca yang semakin terik dan masing-masing mula menunjukkan muka kebosananan, kami pun menghentikan lawatan kami setakat Rumah Selangor. Yang lain-lain, hanya sempat dirakam kamera. Lagipun isi rumahnya agak kaku dan membosankan.Tidak banyak cerita yang boleh dikongsi. Pengunjung juga tidak begitu ramai, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi mood kami.

Kebetulan juga waktu persembahan hampir bermula.

Kami pun bergerak ke bahagian pentas untuk menyaksikan persembahan berbentuk tarian oleh penari-penari kebudayaan Mini Malaysia. Di akhir persembahan, penonton dijemput untuk menari bersama.

Puan Kamilah menjeling tajam.

Gulp!

Maka, kami pun  menamatkan lawatan kami ke Mini Malaysia ini. Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami menunaikan dulu solat Zohor di surau yang berhampiran.


Selesai

Selesai sudah percutian tiga hari dua malam (3H2M) kami ke Johor dan Melaka. Meletihkan, tapi menggembirakan hati kami sekeluarga. Untuk siapa lagi dibelanjakan wang, diperahkan tenaga kalau bukan untuk keluarga sendiri. Semoga ada kenangan yang boleh disimpan untuk di hari muka.




*********************

Percutian 3H2M Johor-Melaka
Sebelum; Menara Taming Sari, Melaka





You Might Also Like

2 comments

  1. good post bang. very helpful n informative. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Alhamdulillah jika bermanfaat. :)

      Delete

Press

press