[Buku] Sinar di Muara (Putra Hassan)

February 06, 2015

Sinar di Muara oleh Putra Hassan
Sinar di Muara (Sumber gambar; http://www.itbm.com.my/)

Sinar Di Muara oleh Putra Hassan
Nilaian: 2/5 bintang
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tarikh terbit: 2013
ISBN13: 9789674303761
Bahasa: Malay

*****

Helaian mukasurat sebanyak 517 agak "menakutkan", kerana "trauma" membaca buku sebelum ini masih lagi terkesan.

Tetapi kali ini mudah saja ditamatkan dalam tempoh tiga hari.

Yang jelas, buku ini bacaan ringan kerana temanya ialah cinta.

Aku tidak punya apa-apa masalah dengan novel cinta, tetapi aku serik dan "geli" dengan novel yang ada "Dato/Datin/Tan Sri" atau "orang paling kaya di kampung" di dalamnya. Menyampah. Meluat. Agak klise. Percintaan orang-orang kaya. Hanya anak Dato/Datin sajakah yang layak dinovelkan?

Novel ini mungkin boleh dikategorikan sebagai "pop islami", seperti hasil karya penulis terkenal dari Indonesia saudara Habiburrahman dan Taufiqurrahman. Penyelitan ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis dalam babak-babak tertentu untuk mengukuhkan penceritaan.

Terdapat beberapa keraguan/skeptikal di dalam penceritaannya seperti penggunaan blogspot pada tahun 2000 dan mempunyai pengikut seramai 5000 orang. Ada pula penggunaan Google Doc untuk menyimpan data. Entahlah.

Keseluruhannya, biasa-biasa sahaja.

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press