Surat Tunjuk Sebab

February 09, 2015

Satu siang, agak gegak gempita di pejabat.

Pagi-pagi sejurus sampai di pejabat, Encik Bos menyuakan emel yang beliau terima daripada HR. Ingatkan perkara biasa-biasa, perihal kerja. Rupanya benda yang serius.

Aku diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab.

Surat Tunjuk Sebab
Surat Tunjuk Sebab


Wah!

Ini memang seriyus!

Atas alasan, aku mempunyai pegangan saham di syarikat luar dan aku tidak mengisytiharkannya dengan syarikat aku bekerja sekarang. Aku sudah melanggar undang-undang yang sudah dikuatkuasakan dan kegagalan aku untuk menjawab perkara ini, bakal mengundang hukuman yang berat.

Dooommm!!

Merudum mencanak-canak ke lapisan bumi yang keenam emosi aku hari itu.

Hura-hara aku ke sana ke mari. Habis semua aku terjah. Dugaan apa pula kali ini?

Hampir juga aku terduduk.

Kerjaya aku yang menjadi galang-ganti. Ini bukan main-main.

Astaghfirullah.

Sudah-sudahnya, aku berjaya mengumpul segala bukti.

Rupanya, sebulan selepas aku mula bekerja di syarikat ini aku sudahpun mengisytiharkan pemilikan saham di luar syarikat. Sudah ada bukti bertandatangan. Disimpan oleh HR!

Dan juga, untuk menambah lagi marak api yang sedang membara, bukti juga sudah ada menyatakan aku sudah melepaskan kesemua hakmilik aku dalam syarikat tersebut semenjak tahun 2013 lagi. Sudah lebih dari setahun.

Jadi, dari mana orang HR ini mendapatkan maklumat songsang lagi menyesatkan, sehingga menimbulkan kucar-kacir hidup aku seharian?

Tuduhan kau sangat berat, sangat berat.

Jadi sekarang, aku mahu kau menghantar surat tunjuk sebab kerana kau tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya. Malah, menuduh aku melanggar undang-undang syarikat.

Aku minta kau hantar, sekarang!!!


You Might Also Like

0 comments

Press

press