[Buku] #Amoi Berhijab (Felixia Yeap)

March 30, 2015

Amoi Berhijab oleh Felixia Yeap
Amoi Berhijab
#Amoi Berhijab oleh Felixia Yeap
Nilaian: 3/5 bintang

Aku agak tertarik dengan "sensasi" yang sangat heboh diperkatakan di media sosial si pemilik sosok tubuh putih melepak ini.

Tetapi tertarik pun, hanya membaca apa yang dikongsi dan apa sahaja yang muncul di "newsfeed" Facebook. Untuk mencari lebih, tidak ada. Sehinggalah ternampak bekas model antarabangsa ini mempunyai buku sendiri.

Bercerita kisah lalu.

Walaupun "buruk", katanya biarlah orang tahu untuk difahami apa yang terjadi pada hari ini, malahan untuk hari esok.

Bijak.

Ayat-ayatnya mudah dan ringkas. Dan sangat mudah difahami.

Membaca buku ini sedikit sebanyak membuka ruang minda, tidak semua yang bekerja "bermodalkan kecantikan" itu otaknya otak udang. Maaf. Itu pandangan peribadi. Felixia ini antara mereka yang dianugerahkan kecemerlangan (akademik juga), dan ini salah satu faktor membentuk beliau hari ini.

Beliau berfikir.

Berfikir dan memahami.

Hasilnya beliau membuat keputusan besar dalam hala hidupnya, yang pastinya menuju ke arah kebaikan.

Allahuakhbar.

Antara yang aku suka dalam buku ini apabila beliau membandingkan perayaan hari tahun baru cina dan juga hari raya aidilfitri.

Ada yang bagus dengan amalan Melayu (Islam). Ada yang baik dengan amalan kaum cina. Indah betul pengalaman dapat melihat dan merasai sendiri suasana yang berbeza, apatah lagi berupaya menilaikan yang mana baik, yang mana buruk.

Buku ini santai pembacaannya.

Kerana itu aku tidak membeli. Tumpang membaca sahaja di MPH Nu Sentral. :)

Lagipun, setiap helaian mukasurat ada gambar beliau. :p

Ulasan buku yang lain


You Might Also Like

0 comments

Press

press