Langkawi Bird Paradise

March 30, 2015

Di Langkawi Bird Paradise
Di Langkawi Bird Paradise
Kembara Sang Petai sekali lagi menjejak kaki melawat Bird Paradise Langkawi. Ini kunjungan kami yang ketiga, kalau tidak silap. Kali pertama, sekitar tahun 2011. Kali kedua tahun 2014. Dan terbaru, semasa cuti persekolahan Mac 2015.

Selain berkelah di Pantai Pasir Tengkorak, Bird Paradise Langkawi ini memang menjadi pilihan anak-anak. Suka benar masing-masing mahu berkunjung ke Taman Hidupan Liar ini. Mahu tahu kenapa?

Baik. Aku kongsikan.

Kunjungan kami yang pertama pada tahun 2011 agak mengecewakan. Ada aku catatkan dalam entri yang terdahulu. Tidak perlu aku ulang lagi di sini. Tahun 2014, entah atas alasan apa kami ke sini sekali lagi. Mungkin kerana anak-anak sudah kebosanan di kampung, jadi cadangan ke Bird Paradise ini sahaja yang menarik perhatian.


Lokasi



Sekali lagi aku kongsikan lokasi Taman Burung ini. Agak mudah sekiranya datang dari Kuah. Jika dari Pantai Chenang, laluannya ada banyak pilihan. Cuma perlu berhati-hati agar tidak sesat.



Tiket & Waktu Operasi

Seperti biasa, maklumat ini agak penting bagi pengunjung. Aku pun sudah ingat-ingat lupa berapa harganya tempohari. Kali ini, Ummi yang ke kaunter untuk membeli tiket. Rupanya Ummi sudah ada kira-kiranya sendiri, mahu tahu jika ada harga istimewa bagi pengunjung yang MyKadnya beralamatkan Langkawi.

Alhamdulillah, ada. Diskaunnya sangat mengujakan. :)

Tetapi untuk rujukan semua, harga tiket dan waktu operasi adalah seperti berikut;

Harga Tiket ke Bird Paradise Langkawi
Harga Tiket ke Bird Paradise Langkawi (sumber; http://www.langkawiwildlifepark.com/entrance-fee.html)
Waktu Operasi Bird Paradise Langkawi
Waktu Operasi Bird Paradise Langkawi (sumber; http://www.langkawiwildlifepark.com/opening-hours.html)

Jadi, pandai-pandai lah merancang ya.

Oh! Set makanan untuk haiwan juga dijual. Kalau mahu lebih mesra dengan haiwan-haiwan di sini, boleh lah membeli makanan tersebut. Harganya masih berpatutan, tetapi kenangannya lebih menyeronokkan terutamanya untuk anak-anak.


Blue-throated Macaw

Di pintu masuk, ada disediakan ruang untuk bergambar dengan burung-burung jinak berlatarbelakangkan tulisan "BIRD PARADISE LANGKAWI". Sekiranya mahu, ada perkhidmatan untuk mengambil gambar dan terus dicetak dan diambil setelah selesai lawatan. Harganya? Hmmm.. untuk sekeping bagi ukuran A4, dikenakan bayaran sebanyak RM50. Tidak pasti ada bingkainya atau tidak.

Setelah masuk, pengunjung akan disambut dengan hingar-bingar burung kakak tua. Kami teruja melihat hampir lima ke enam ekor burung yang berbulu biru dan berdada kuning ini berkumpul.

Blue-throated Macaw
Blue-throated Macaw
Kakak Tua
Memberi makan kuaci.
Hanim & Hanis
Berani-berani takut
Minta makan

Berkumpul

Diteman ummi


Menurut salah seorang pekerja di sini, waktu kami berkunjung itu adalah waktu mengawan. Jadi, suasana menjadi "sangat riuh" disebabkan proses memadu asmara yang sedang berlaku. Hihihihi! Kami pun segera beredar disebabkan si bongsu yang ketakutan melihat kekecohan burung-burung yang sudah merenyam ini.


Flamingo

Bersebelahan dengan "sangkar" burung kakak tuan ini ada sebuah kolam kecil. Di situ ada beberapa ekor flamingo yang cantik berwarna merah jambu, dan sudah memanjang-manjangkan leher yang sudah sedia jinjang itu mengintai makanan. Kakak Hanim yang sudah mendapat momentum (berani), teruja menghulur pellets untuk dimakan si panjang merah jambu ini.

Suap
Suap
Kakak dah berani, flamingo malu alah
Kakak dah berani, flamingo malu alah
Mandarin Duck
Mandarin Duck di kolam bersebelahan
Hidup Lipas!
Hidup Lipas!

Hafiz
Hafiz yang khayal melihat burung


Jenday Conure

Ini antara yang menyeronokkan. Kami enam sekeluarga masuk ke dalam sangkar burung ini untuk melihat dengan lebih dekat. Ya, dekat dan rapat. Burung-burung comel berwarna hijau-jingga-kuning ini sangat mesra (setelah diumpan makan) dan mendarat di tapak tangan kami untuk menjamu selera. Hafiz masih lagi kurang berani, tapi abang dan kakak-kakak sudah tidak takut lagi. Petugas di situ juga sangat membantu, dan kami berpeluang untuk bergambar bersama-sama satu keluarga.

Kakak Hanim. Ini memang hari dia. Mesra sungguh dengan burung-burung, sesuai dengan cita-cita kakak Hanim mahu menjadi doktor haiwan. Abah doakan cita-cita kakak tercapai, ya.

Kakak Hanim
Kakak Hanim
Bakal Doktor Haiwan
Bakal Doktor Haiwan
Ummi dan Hafiz
Ummi dan Hafiz
Abang dan Adik
Abang dan Adik
Hafiz
Hafiz



Budgerigar

Budgerigar
Budgerigar
Entah apa nama Melayunya. Menurut petugas di situ, burung ini namanya Serindit. Kenari pun boleh. Hmmm.. yang mana satu, ya? Bila di Google, carian nama Bayan pun memberikan gambar yang sama. Pening. Kita gunakan saja nama "omputih"nya, Budgerigar.

Di sini, menjadi kemuncak lawatan kami ke taman burung ini. Sebenarnya ini lah yang paling ditunggu oleh anak-anak, berdasarkan pengalaman kami tahun lepas. Burung-burung comel yang berwarna-warni akan menyerbu tapak tangan untuk merebut makanan. Sehinggakan, boleh mencapai enam hingga lapan ekor burung bergayutan di tangan dalam satu-satu masa.

Sekali lagi, kakak Hanim yang sangat "bird-friendly" menjadi serbuan peminat-peminat bersayap ini.

Burung di lengan
Berlagak betul kakak Hanim. Ehehe!
Abang dan kakak yang teruja
Abang dan kakak yang teruja
Bertenggek di bahu Abang Haris
Bertenggek di bahu Abang Haris
Biru dan Hijau
Biru dan Hijau
Hafiz dah kebosanan
Hafiz dah kebosanan
Akhirnya, Kakak Hanis berjaya juga
Akhirnya, Kakak Hanis berjaya juga
Lengan abang Haris
Lengan abang Haris
Video bersama Budgerigar
Video bersama Budgerigar



Burung Merak

Sebelum kami sampai ke bahagian seterusnya, perjalanan kami sekeluarga telah dihalang oleh seekor burung merak yang bebas lepas. Dan, memang menjadi rezeki kami sekeluarga hari itu, si merak jantan mengembangkan ekornya yang berwarna-warni untuk kami menjamu mata.

Cantik.

Subhanallah.

Memang padanlah dengan kisah yang pernah didengari daripada cerita Merak dan Gagak. Memang "selayaknya" merak riak dengan kecantikkan bulu badannya.

Dalam keghairahan mahu merakamkan gambar burung yang tidak boleh terbang tinggi ini, aku terlupa mahu merakamkan gambar bersama anak-anak.

Sayang betul.

Merak
"You shall not pass!"
Biru dan Hjau
Biru dan Hjau
Si Cantik
Si Cantik


Buaya, Rusa dan Arnab

Kami seterusnya ke bahagian lain, keluar dari alam burung. Kebetulan, selepas "diizinkan" pergi oleh Sang Merak, sesi memberi makan kepada buaya pun bermula. Dari tepian pagar, pengunjung mengintai petugas taman "menyuap" makanan kepada sang bedal ini. Yang sedikit "menggerikan" bila melihat aksi ini ialah ketika haiwan pra-sejarah ini "berdiri" untuk menyambar makanannya. Isk! Patutlah yang menjadi mangsanya jarang sekali boleh menyelamatkan diri. Ada perbezaanna melihat di depan mata berbanding dengan melihatnya di kaca televisyen.

Buaya makan
Ngap!
Nganga
Nganga


Kami kemudian beralih ke kandang berhampiran, di mana ironinya diletakkan pula "makanan" si sang bedal tadi, rusa. Tidak ada istimewanya dengan rusa ini kerana pada waktu ini sudah banyak rusa yang dipelihara di mana-mana. Cuma kali ini kami berpeluang untuk menyuapkan makanan terus ke mulut mereka. Kakak Hanis entah berapa kali kegelian bila lidah rusa ini menyentuh tangannya. Eheheehe!

Menyuap rusa makan
Kakak Hanis menyuap sayuran kobis

Hafiz pun sama menyuap rusa
Hafiz pun sama menyuap rusa

Akhir sekali, kami meluangkan masa di taman arnab. Arnab dilepaskan di kawasan lapang dan pengunjung boleh masuk untuk bermain-main. Berbanding dengan lawatan kami yang lepas, arnab ini nampaknya sedikit kurus dan kotor. Jadi, agak keberatan untuk "melepaskan" Hafiz di sini. Untuk abang dan kakak, tetap sahaja si telinga panjang ini kelihatan comel.

Kakak Hanis
Kakak Hanis
Kakak Hanim
Kakak Hanim


Sebenarnya ada banyak lagi haiwan yang ada, cuma di sini aku paparkan yang menjadi tumpuan utama. Berbanding dengan Zoo Negara, aku lebih sukakan kunjungan kami ke Bird Paradise Langkawi ini kerana peluang untuk bermesra ini lebih terbuka. Suasana di sini juga mesra kanak-kanak dan terlindung dari terik matahari. Aku tahu, akan ada kunjungan lagi ke sini selagi anak-anak kami ini belum bosan.


Muzium 3D Art In Paradise merupakan tarikan pelancongan terbaru di Langkawi. Melihat gambar-gambar dan juga bergambar, menjadikan pengalaman ini lebih menarik!






You Might Also Like

0 comments

Press

press