Dulu daun, sekarang pokoknya!

April 14, 2015

Ladang Getah
Ladang Getah 

Gambar ini milik aku.

Gambar ladang getah. Gambar pokok getah. Pernah aku kongsikan dalam entri yang terdahulu, Autumn In Sikney. Kisah aku yang terpesona, tersihir dengan keindahan yang tidak diendah orang.

Selain blog, aku kongsikan juga di Facebook. Yang hanya terhad dilihat oleh rakan-rakan. Jadi, sangat jelas dan nyata. Sumber gambar ini, sangat mudah diketahui siapa empunyanya.

Kelmarin. Di Facebook juga. Antara newsfeed yang diterima, terlihat aku akan posting oleh page yang aku follow.

Perihal GST.

Dan artikel itu mempunyai gambar.

Sekali pandang, teruja juga.

Ada juga ya, orang yang mengambil gambar ladang getah seperti aku. Hihihihihi!

Cuma malam tadi bila di rumah, terulang baca pula entri perihal ladang getah di blog ini.

Eh!

Macam sama.

Eh!

Jap!

Warga Prihatin
https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10153777716322786:2

Tak nampak? Fokus besar sikitlah.

Luahan terbuka
Luahan terbuka

Sekarang, bandingkan lah dengan gambar yang pertama dalam entri ini.

:)

Sama? Tidak?

Mungkingkah peristiwa yang sama berulang lagi? Perihal Hak Milik.

Cadangan tuan-tuan, puan-puan?





You Might Also Like

0 comments

Press

press