Fikir

April 22, 2015

Fikir
(Sumber; http://school.discoveryeducation.com/clipart/clip/ani_thinkingcap.html)

Sebentar tadi, ada yang berkongsikan dalam group di Whatsapp. Kadang-kadang, kalau terlampau berjela-jela aku abaikan sahaja. Tapi, entah kenapa tadi aku menjadi rajin.

Dalam satu kumpulan ini, aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi admin dengan beberapa orang yang lain. Selalunya, aku dan rakan-rakan admin akan memantau dan menjawab persoalan yang dilontarkan. Cuma aku kurang aktif menjawab. Bukan malas, tetapi biarlah yang lebih tahu memberikan jawapan.

Cuma tadi, aku menjadi sedikit geram.

Salah seorang ahli kumpulan ini, tidak pernah mengambil bahagian dalam perbincangan. Rakan lelap. Itu biasa. Yang menjengkelkan, beliau rajin berkongsi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan. Sebelum ini, aku abaikan sahaja.

Tetapi tidak hari ini.

Kau baca sendiri.
Harga organ;
Jantung rm800k
Buah pinggang rm600k
Mata rm10k
Paru2 rm100k
Hati 200k
P/s: hati-hati semua...👀👀 penculik ramai sekarang trutama penculik budak2 bawah 15tahun sebab organ2 masih berfungsi dgn baik. Copy n paste dr kwn group Occupational safety and Health = perhatian kepada yang duduk di area Langkawi Kedah / Pulau pinang / Seberang Prai / Ipoh / gopeng /kampar/malim nawar dan tanjong tualang atau area perak tolong berhati-¡¡ masa anda balik kerja atau anak-anak ke sekolah, bersendirian, tadi dari gopeng sebuah proton wira dan van warna putih yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dan menjual organ sedang berlegar di area kg bunga tanjong dekat malim nawar tolong berhati-hati ketika bertemu dengan lelaki yang tidak dikenali terutama kepada kaum wanita ... van putih plat siam JJT 2726 / AJE 4567 sekarang ade di kawasan PERAK.
INFO TERKINI .
#MOHON SEBAR SECARA BERJEMAAH HATI²
copypaste
TERIMA KASIH

Sudah banyak kali orang berkongsi maklumat sebegini. Maklumat yang tiada kesahihan. Maklumat yang penuh keraguan. Dan selalunya, orang sebegini hanya ghairah untuk berkongsi, tetapi langsung tidak mengambil inisiatif untuk memastikan kebenarannya.

Mencari fakta itu, satu.

Tidak berfikir dan percaya bulat-bulat dengan apa yang dikongsi itu, satu lagi hal yang mengecewakan.

Kau lihat sendiri dengan perkongsian di atas. Hampir setiap satu ayatnya boleh dipersoalkan.

Beginilah.

Aku berikan kau tiga soalan berdasarkan perkongsian itu.
  1. "van putih plat siam JJT 2726 / AJE 4567" - Benarkah begitu? Plat Siam (Thailand) serupa betul dengan format plat kereta Malaysia. Setahu aku, plat kereta Siam menggunakan tulisan Siam.
  2. "tadi dari gopeng sebuah proton wira dan van warna putih" - Tadi? Bila tadi? Mesej ini dikongsi sejak bila? Tadi itu maksudnya masih baru lagi berlaku, bukankah ini maklumat ini bagus untuk polis.
  3. "sedang berlegar di area kg bunga tanjong dekat malim nawar" - Bukankah sudah "lengkap" maklumat ini? Jadi, kenapa tidak dilaporkan terus kepada polis? Lokasi, sudah tahu. Kenderaan, sudah tahu nombor platnya.
  4. Seghairah-ghaiah engkau "sebar secara berjemaah", mungkinkah "penculik" itu juga menerima mesej berantai ini? Barangkali, bila mesej itu sampai kepada engkau dan belum sempat pun lagi engkau mahu sebarkan secara berjemaah, penculik itu sedang bergelak ketawa menukar nombor plat kereta mengikut format negara Myanmar. Kau tahu format plat kereta Myanmar? Mungkin JDT 1234 atau WB 6789 A.

Pui!

Mohon sebar secara jemaah konon.



You Might Also Like

0 comments

Press

press