Hiruk-pikuk Taman Medan

April 21, 2015

Hiruk-pikuk
Hiruk-pikuk
(Sumber; https://grafisosial.wordpress.com/tag/masyarakat-bebas-bising/)

  1. Kecoh di dunia maya perihal demo segelintir kumpulan Melayu-Islam di Taman Medan, membantah sebuah gereja yang menggantungkan lambang salib yang besar di luar bangunannya.
  2. Alasannya, kawasan itu kawasan majoriti Melayu-Islam.
  3. Alasannya juga, takut ia boleh merosakkan akidah. Bagaimana? Aku tidak jelas.
  4. Aku tidak mahu mengulas siapa dan kenapa bantahan itu dibuat. Mungkin penduduk ada hak (atas dasar kawasan itu majoriti penduduknya Islam), mungkin juga tidak. Itu hal perundangan. Mungkin. Sama ada pendemo itu diupah atau benar-benar ikhlas memperjuangkan "hak" Islam, aku juga tidak tahu.
  5. Tetapi, kita bincangkanlah secara baik dan fikiran yang waras lagi rasional.
  6. Lemah sebegitu sekalikah iman umat Islam, sehinggakan melihat salib itu sudah menjadi taboo? Jika begitu, Islam patut hanya ada di Taman Medan (perumpamaan) sahajakah? Bagaimana Islam mahu berkembang di Korea (sekadar contoh), kerana gereja dan salibnya di mana-mana. Rome?
  7. Beginilah. Aku berikan satu perkara untuk kita fikir bersama, sekiranya akidah yang kau risaukan, sekiranya majoriti Islam-Melayu yang kau perjuangkan;
  8. Rancangan hiburan yang merosakkan (pelaku dan penontonnya majoriti adalah orang Melayu-Islam), hampir hilang nilai intelektualnya (apa lagi nilai Islamiknya) terpapar 24/7 di kaca televisyen. Kau tahu, semua itu ada dalam rumahmu sendiri. 
  9. Sekarang, kau aku dan semua. Kita fikir.
  10. Salib minoriti yang bersalah, atau iman majoriti kah yang sebenarnya lemah?

You Might Also Like

0 comments

Press

press