Mahalnya buku!

April 09, 2015

Ya.

Aku merujuk kepada buku-buku yang dijual di kedai buku.

Semalam, aku ada berbincang perihal harga buku di Malaysia. Dengan sahabat Google+, Tuan +nazif JT. Sememangnya harga buku sangat tidak mesra marhaen.

Pelik.

Sudah tahu rakyat Malaysia ini kurang membaca, tetapi harga buku tetap mahal. Bagaimana kau mahu mewujudkan masyarakat yang mahu membaca?

Sudahnya.

Majalah hiburan lah yang menjadi hiburan.

Dengan buku, kau sebenarnya "mengembara".

Jauh. Tanpa perlu berpenat lelah. Duduk saja di kerusi empuk di rumah, tahu-tahu kau sudah sampai di Belitong ketika membaca Laskar Pelangi, atau mendaki Gunung Semeru membaca buku 5 CM, atau menikmati pemandangan indah sawah padi di bumi Minangkabau apabila membaca Di Bawah Lindungan Ka'abah.

Dan tadi, di MPH, aku membelek-belek buku ini. Teruja sekalil mahu membaca. Tetapi melihat harganya,

Aduh!

Three Cups of Tea
Three Cups of Tea
Wild
Wild

Akhirnya.

Hanya Wild dan sebuah lagi buku berbahasa Melayu bertukar hak milik. Itupun sudah hampir RM70.

Mungkin, bajet bulan depan.

:(


You Might Also Like

0 comments

Press

press