Watermark

April 15, 2015

Berkenaan permasalahan gambar yang diambil tanpa izin secara sewenang-wenangnya daripada blog aku ini, aku perlu memikirkan cara untuk mengelakkannya daripada terus berlaku.

Ah!

Manusia.

Kalau kau tahu betapa "siksanya" aku mengambil gambar-gambar itu.

Menonggeng. Membongkok. Pinggang "terpeleot". Berpeluh.

Belum lagi kau ambil kira risiko kamera yang beratnya kurang lebih dengan lemak berlebihan di perut gebuku ini, berkemungkinan jatuh mencium bumi.

Terseksa, tahu?

Dan semalam, bila kukongsikan kisah tragis gambar ladang getahku ditoreh orang, rata-rata memberikan saranan untuk di"watermark"kan sahaja gambar-gambar itu.

Aku setuju.

Itu langkah terbaik. Tetapi aku sendiri memilih tidak mahu dari mulanya, kerana bagiku watermark itu seperti semak. Rimas. Merosakkan rasa memandang.

Tetapi, bila kisah ini berulang-ulang perlu juga aku menimbang semula.

Bagaimana aku mahu menimbang?

Ah!

Albumku ada 400 lebih. Gambar-gambarku sudah puluhan ribu. Dan, semuanya sudah ku upload berzaman lamanya.

Beginilah.

Untuk entri yang akan datang saja aku letakkan watermark. Entri yang lepas, jika aku punya masa yang terluang, akan aku kemaskinikan.

Cubaan pertama, aku menggunakan aplikasi ribbet.com untuk meletakkan watermark untuk gambar-gambar yang disimpan dalam akaun Picasa.

Panduannya, boleh kau baca di sini.

Cubaan pertama, kuhidangkan kalian secangkir teh.

:)

Sebelum
Sebelum

Sesudah
Sesudah

Senang hati.

:)

You Might Also Like

0 comments

Press

press