Ketam mahu berjalan lurus?

May 19, 2015

Semalam, bertungkus-lumus meraikan Hari Guru di sekolah anak-anak. Sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa & Guru, tahun ini aku betul-betul aktif melibatkan diri dengan aktiviti persatuan.

Seronok, bersama-sama AJK yang lain berpeluh-peluh mahu meraikan guru-guru pendidik anak bangsa.

Bukan mahu bermegah. Sekadar mahu berkongsi cerita.

Dan bukan juga mahu mengungkit-ungkit akan penat-lelah sepanjang masa terlibat dengan aktiviti ini.

Cuma, apabila ada yang mempersoal tanpa ada hujah yang memberangsangkan, pasti sedikit sebanyak timbul rasa kecil hati. Mempersoalkan usaha yang katanya kurang bermakna, kemukakanlah kenapa dan mengapa ianya salah. Cadangkan juga lah pembaikan.


Selamat Hari Guru

Happy Teachers Day
Sumber gambar; http://www.techdroll.com/teachers-day-greetings-cards/


Semalam.

Kami hias dewan perhimpunan dengan perkataan "HAPPY TEACHERS DAY". Menggunakan bahasa Inggeris.

Dan kami terima "kritikan" ini di dalam kumpulan Whatsapp kami.

tahniah kpd guru2 dan sume yg bkerja keras menjayakan smbutan hari guru. Cuma lebih molek, bgi pendapat sye, sekiranya bahasa melayu digunakan sbagai tema sambutan. Siapa lgi yg harus/btanggungjawab memartabatkan bahasa melayu klau bukan bangsa melayu itu sendiri. Mohon maaf jika teguran sye ini mngguris sesapa.

Kau fikir, sahabat.

Aku tidak ada masalah dengan teguran "gunakan bahasa Melayu" itu. Mengambil konteks itu sahaja. Tetapi kau lihat pula ayat-ayat penegur itu.

Bagaimana tatabahasanya?

Bagaimana ejaannya?

Bagaimana Bahasa Melayunya?

Ah!

Belum lagi kami tanyakan, apa sumbangannya kepada sekolah?

**

Kami hargai teguran. Kami hargai kritikan. Tetapi biarlah berasas. Biarlah membina.

Kami pilih untuk abaikan.

Ucapkan terima kasih.

Thanks, but no thanks.

Maaf.

Aku penat dan aku sedikit emosi.

Perkongsian ini, hanya untuk menjentik rasa berfikir kepada aku, kau dan semua.

Bukan untuk memalukan sesiapa.

Aku sudah bosan dengan perangai ibu ketam yang masih berdegil mahu mengajar anaknya berjalan lurus!

You Might Also Like

0 comments

Press

press